Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Akhirnya Lengkap! Peminat Gembira Berjaya Kumpul Kesemua 14 Poster TERBANG

Akhirnya Lengkap! Peminat Gembira Berjaya Kumpul Kesemua 14 Poster TERBANG

Sekilas

  • Seorang peminat berjaya mengumpulkan kesemua 14 variasi poster filem TERBANG mengikut negeri di Malaysia selepas beberapa hari usaha.
  • Koleksi poster TERBANG mendapat perhatian ramai sehingga ada yang meminta bantuan dari lokasi lain untuk melengkapkan koleksi mereka.
  • Filem TERBANG arahan Chiu Keng Guan kini ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuk dalam format 4DX.
Advertisement

Kegilaan memburu koleksi poster khas filem tempatan TERBANG semakin menarik perhatian apabila seorang peminat akhirnya berjaya mengumpulkan kesemua 14 variasi poster mengikut negeri di Malaysia.

Menerusi perkongsian di Threads, individu berkenaan meluahkan rasa gembira selepas usahanya selama beberapa hari untuk melengkapkan koleksi tersebut akhirnya membuahkan hasil.

Advertisement

“Selepas beberapa hari berusaha, akhirnya saya berjaya mengumpulkan semua poster TERBANG dari setiap negeri.

“Terima kasih kepada semua yang sanggup membantu saya. Berjaya melengkapkan keseluruhan koleksi ini memang satu pencapaian yang cukup menggembirakan.

“Mungkin saya orang pertama yang berjaya kumpul semua poster TERBANG? Tak pasti,” katanya.

Advertisement
dffggh

Sebelum ini, koleksi poster khas TERBANG mencuri perhatian apabila ramai penonton dilihat gigih memburu variasi mengikut negeri sehingga ada yang meminta bantuan individu di lokasi lain untuk mendapatkannya.

TERBANG arahan Chiu Keng Guan diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh selain mengetengahkan semangat kerjasama, kepercayaan dan perjuangan sebuah pasukan dalam mencapai kejayaan.

Filem tersebut dibintangi Irfan Zaini, Zizan Razak, Jack Tan, Nam Ron, Shweta Sekhon, Diana Danielle, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Ruminah Sidek, Luqman Hafidz dan Qasrina Karim.

TERBANG kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuk dalam format 4DX.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Arai Quantic Dark Citizen

Arai Quantic Dark Citizen

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Must Watch Video

Advertisement