Skip to main content

Hiburan

“Akhirnya Mini Nobita & Mini Shizuka Dalam Satu Frame” - Syasya Rizal Luah Rasa Syukur Atas Kelahiran Kedua

Syasya Rizal

Sekilas

  • Penyanyi Syasya Rizal berkongsi kegembiraan atas kelahiran anak keduanya pada Selasa lalu melalui Instagram.
  • Dalam posting tersebut, Syasya memuat naik gambar bersama suami dan dua cahaya mata mereka di hospital.
  • Syasya mendirikan rumah tangga dengan Nasrullah Mohd Sapie pada April 2024 dan kini mempunyai dua anak, seorang lelaki dan seorang perempuan.

Penyanyi, Syasya Rizal meluahkan rasa syukur atas kelahiran keduanya pada Selasa.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal dilihat memuat naik foto dirinya yang sedang berada di atas katil hospital sambil ditemai suami serta dua cahaya matanya.

“Akhirnya, Nobita, Shizuka, mini Nobita dan mini Shizuka dalam satu frame.”

“Alhamdulillah, terima kasih Allah for this little universe we are building together,” kongsinya.

Untuk rekod, Syasya selamat mendirikan rumah tangga bersama suami Nasrullah Mohd Sapie pada 20 April 2024. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Yassir Hayyan pada 23 December 2024 dan terbaharu, seorang bayi perempuan pada Selasa lalu.

 

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by ✨ SYASYA RIZAL ✨ (@syasya.rzl)

Sumber: IG Syasya Rizal

 

Must-Watch Video

Advertisement