Sekilas
- Akim Ahmad meluahkan rindu terhadap arwah ibunya, Aminah Bahari, yang telah meninggal dunia lapan tahun lalu.
- Beliau mengimbau pelbagai juadah masakan ibu yang kini dirindui kerana tiada siapa dapat menggantikan rasa masakan tersebut.
- Perkongsian Akim di Threads mendapat perhatian netizen yang turut berkongsi rasa rindu terhadap ibu mereka.
Penyanyi, Akim Ahmad meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibunya, Aminah Bahari yang telah pergi menghadap Ilahi lapan tahun lalu.
Menurut Akim, antara kenangan yang paling dirindui adalah rasa masakan hasil air tangan ibunya.
“Lapan tahun ibu dah tak ada, macam-macam makanan ibu masak dulu, ada lauk yang saya tak suka bila ibu masak,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Akim mengimbau kembali pelbagai juadah yang pernah dimasak ibunya ketika hayat.
Kata Akim, selepas pemergian ibunya, makanan yang dahulunya dianggap biasa kini menjadi sesuatu yang dirindui kerana tiada lagi insan yang mampu menyediakan juadah tersebut seperti arwah ibunya.

“Tapi sekarang, bila teringat dan nak makan, tak ada yang boleh buat. Al-Fatihah untuk Aminah Binti Bahari.
“Antaranya, bihun goreng kosong, ada kuah tauchu. Singgang ibu, ikan sepat masin masak lemak nenas, jemput-jemput, cekodok bilis ibu pun padu. Ketupat bawang lagi. Banyak jugak kalau nak recall,” coretnya.
Perkongsian Akim itu juga mengundang sebak netizen terutama pada mereka yang turut sama berkongsi rasa rindu selepas pemergian ibu tersayang.
Sumber: Threads @akimahmad