Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Akmal Asyraf Syukur Penat Lelah Sejak 2020 Membuahkan Hasil - “Alhamdulillah Tahun Keenam Ini Diterima Ramai”

Akmal Asyraf Syukur Penat Lelah Sejak 2020 Membuahkan Hasil - “Alhamdulillah Tahun Keenam Ini Diterima Ramai”

Sekilas

  • Akmal Asyraf bersyukur lakonannya sebagai Piji dalam filem KUDRAT 1968: High Council mendapat sambutan hangat daripada peminat selepas enam tahun berjuang dalam industri seni.
  • Pelakon berusia 30 tahun itu menerima perubahan populariti dengan rendah hati dan berjanji untuk terus menjadi diri sendiri tanpa mengubah keperibadiannya.
  • Filem KUDRAT 1968: High Council yang merupakan prekuel kepada siri dan filem High Council lain akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 29 Oktober ini.
Advertisement

Pelakon filem KUDRAT 1968: High Council, Akmal Asyraf meluahkan rasa syukur dan terharu selepas lakonannya menerusi watak Piji mendapat sambutan dan diterima baik peminat naskhah berkenaan.

Menurut Akmal, penerimaan penonton itu merupakan satu perkara yang sudah lama diimpikan sejak mula aktif dalam industri seni sejak enam tahun lalu.

Advertisement

Mengakui perjalanan sejak tahun 2020 itu bukan satu perkara yang mudah, pelakon berusia 30 tahun ini tetap berusaha dalam memberikan tumpuan kepada kerjaya tanpa terlalu mengharapkan pengiktirafan daripada orang ramai.

“Saya sudah cuba untuk menambat hati daripada penonton sejak saya aktif dalam industri ini.

“Sekarang baru dapat, jadi saya menghargai setiap mereka yang berterusan menunjukkan sokongan daripada awal.

Advertisement

“Terima kasih, ini yang saya tunggu,” katanya kepada Gempak.

Akmal berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem KUDRAT 1968: High Council bertempat di TGV Suria KLCC pada Isnin.

Dalam masa yang sama, Akmal turut bersyukur selepas usaha dan bakatnya selama ini mula mendapat perhatian serta diterima oleh peminat industri hiburan.

“Terima kasih kepada semua yang akhirnya nampak dan menerima saya dalam industri hiburan. Saya sudah berada dalam industri ini lama.

“Kalau betul-betul dalam indsutri seni saya sudah buat sejak dari bangku sekolah untuk teater, untuk on screen saya mula aktif dari tahun 2020.

“Alhamdulillah pada tahun keenam ini diterima ramai,” tambahnya.

Mengulas mengenai perubahan yang dirasainya selepas semakin dikenali, Akmal berkata orang ramai kini lebih mudah mengecam wajahnya, malah ada yang menyapanya dan mengajak bergambar apabila bertemu di tempat awam.

Namun, pelakon filem Malaikat Malam itu menegaskan peningkatan populariti tidak akan mengubah keperibadiannya, malah dia akan terus menjadi diri sendiri.

Dalam pada itu, Akmal memaklumkan dia masih terbuka untuk menerima tawaran membawa watak sampingan dalam projek lakonan akan datang.

“Buat masa ini, saya tidak rasa menjadi mahu menjadi selektif untuk naskhah seterusnya. Watak yang akan saya lakonkan akan datang ini pun tidak besar, hanya sokongan sahaja.

“Sekarang pun saya tiada perancangan untuk masa hadapan, hanya ikut sahaja arus yang sudah ditetapkan,” ujarnya.

Terdahulu, nama Akmal mula menjadi bualan ramai menerusi lakonannya sebagai Rafizi dalam siri drama KUDRAT 1968: High Council, sekali gus mencetuskan fenomena dalam kalangan pengguna media sosial.

Untuk info, KUDRAT 1968: High Council merupakan prekuel kepada siri fenomena Projek: High Council (2023) dan filem Kahar: Kapla High Council (2024), yang mengisahkan permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar.

Selain Akmal, drama dan filem arahan Zulaikha bersama Khairi Asyraff itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes dan ramai lagi.

Filem KUDRAT 1968: High Council bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 29 Oktober ini.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement