Skip to main content

Hiburan

Akmal Asyraff Seru Penonton Sokong Filem KUDRAT 1968 Di Pawagam - “Jangan Sibuk Tanya Bila Keluar...”

Akmal Asyraff Seru Penonton Sokong Filem KUDRAT 1968 Di Pawagam - “Jangan Sibuk Tanya Bila Keluar...”
Advertisement

Pelakon, Akmal Asyraff menyeru orang ramai agar memberikan sokongan kepada penggiat seni filem tempatan dengan menonton karya mereka di pawagam, berbanding terlalu menantikan tayangan di platform penstriman.

Menerusi hantaran di Threads, Akmal menegaskan bahawa penonton sepatutnya mengambil peluang untuk menyaksikan filem tempatan di layar perak sebagai tanda sokongan terhadap usaha dan kerja keras seluruh pasukan produksi.

Advertisement

“Jangan sibuk sangat tanya bila keluar Netflix. Mungkin takkan keluar pun.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan kenyataan Akmal.

Terdahulu, nama Akmal mula menjadi bualan ramai menerusi lakonannya sebagai Rafizi dalam siri drama KUDRAT 1968: High Council, sekali gus mencetuskan fenomena dalam kalangan pengguna media sosial.

Untuk info, KUDRAT 1968: High Council merupakan prekuel kepada siri fenomena Projek: High Council (2023) dan filem Kahar: Kapla High Council (2024), yang mengisahkan permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar.

Selain Akmal, drama dan filem arahan Zulaikha bersama Khairi Asyraff itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes dan ramai lagi.

Filem KUDRAT 1968: High Council bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 29 Oktober ini.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement