Skip to main content

Hiburan

Ako Mustapha Serahkan Kes Buli Pada Pihak Polis, Harap Anak Pulih Sepenuhnya - “Doakan Mika…”

Astrogempak Ako Mustafa (1)

Sekilas

  • Ako Mustapha telah mengadakan perjumpaan dengan pihak sekolah, pihak berkuasa, dan ibu bapa berhubung insiden buli yang melibatkan anaknya, Mikael.
  • Kes tersebut kini diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan tindakan sewajarnya.
  • Mikael sedang dalam proses pemulihan selepas menerima rawatan di hospital, dan keluarga memohon doa agar dia pulih sepenuhnya dari segi mental dan fizikal.

Pelakon, Ako Mustapha memaklumkan telah selesai bertemu dengan pihak sekolah, pihak berkuasa serta ibu bapa susulan insiden buli yang didakwa melibatkan anaknya, Mikael.

Menurut Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, pihaknya kini menyerahkan sepenuhnya kes tersebut kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Pagi tadi dah buat perjumpaan bersama pihak sekolah, pihak berkuasa dan ibu bapa. Apa pun pihak kami serahkan kes ini kepada pihak polis untuk uruskan,” katanya.

Dalam masa sama, Ako turut memohon orang ramai agar mendoakan kesembuhan anaknya yang kini dalam proses pemulihan selepas menerima rawatan di hospital.

“Doakan Mika mendapat keadilan. Hari ini juga anak saya Mika akan discharged dari HKL. Doakan Mika pulih sepenuhnya dari segi mental dan fizikal,” tambahnya.

Terdahulu, Ako berkongsi kejadian tersebut menerusi platform Threads, mendedahkan bahawa insiden itu dipercayai melibatkan lima murid terdiri daripada dua pelajar senior dan tiga rakan sekelas.

Menurutnya, kejadian tersebut hanya disedari selepas Mikael pulang ke rumah dan selesai mandi sebelum kesan kecederaan mula dilihat.

Sementara itu, pihak polis turut mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman memaklumkan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca dan tindakan lanjut.

Kes ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat mengenai isu buli di sekolah serta kepentingan tindakan tegas bagi melindungi keselamatan pelajar.


Sumber: Threads 

Anda mungkin berminat dengan

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Must-Watch Video

Advertisement