Sekilas
- Pelakon Faa Zaini berkongsi rasa sedih apabila orang terdekatnya tidak menonton drama lakonannya.
- Dia terkilan kerana mereka masih bertanya tentang jalan cerita drama tersebut tanpa menonton terlebih dahulu.
- Netizen dalam ruangan komen menyatakan mereka sudah menonton dan memberi sokongan kepada lakonannya.
Pelakon, Faa Zaini meluahkan rasa sedih apabila mendapati ada dalam kalangan orang terdekatnya yang tidak menonton drama lakonannya.
Menerusi perkongsian di Threads, Faa meluahkan rasa terkilan apabila individu di sekelilingnya masih bertanyakan jalan cerita drama tersebut, sedangkan dia berharap mereka dapat memberikan sokongan dengan menonton karya yang dilakonkannya.
“Sedih sikit bila orang sekeliling kita pun tak sokong tengok drama yang kita berlakon.
“Lepas tu duk tanya cerita tu pasal apa semua, haihh… TENGOK LAH. Aduh,” luahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi mereka menonton lakonannya dalam drama tersebut.