Sekilas
- Pelakon Amar Bahrin berkongsi rakaman CCTV yang menunjukkan cubaan membuka parcel miliknya di hadapan rumah menggunakan basikal pada 14 September 2026.
- Parcel tersebut mengandungi kerusi roda dan meja atas katil hospital, namun barang tidak sempat diambil oleh individu terbabit.
- Amar meluahkan rasa kesal dan berharap tidak berjumpa dengan individu yang cuba membuka parcel itu.
Pelakon, Amar Bahrin meluahkan rasa kesal selepas mendakwa berlaku cubaan membuka parcel miliknya di hadapan rumah.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Amar turut berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang individu dipercayai cuba membuka parcel berkenaan.
Menurut Amar, kejadian tersebut berlaku pada petang Isnin dan individu terbabit dipercayai datang menggunakan basikal.
“Cubaan membuka parcel depan rumah… bermodalkan basikal… 14/09/2026 jam 3.08 petang.
“Aku harap tak terserempak dengan hanat ni,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Amar memaklumkan parcel tersebut mengandungi sebuah kerusi roda (wheelchair) dan meja atas katil hospital (hospital overbed table).
Bagaimanapun, Amar menjelaskan barang berkenaan tidak sempat diambil oleh individu terbabit.