Sekilas
- Syida Melvin meluahkan rasa kecewa apabila bekas suaminya menghina dirinya yang pernah menjual laici kang di kampung.
- Bekas suaminya juga didakwa menghina ibu bapa Syida, menyebabkan dia tidak dapat berdiam diri lagi.
- Syida bertanya sama ada orang akan menyokong jika dia membuka gerai laici kang di Shah Alam kelak.
Pempengaruh dan pelakon Syida Melvin hilang sabar dengan bekas suaminya yang didakwa menghina dirinya yang pernah menjual laici kang di kampung.
Menerusi hantaran di Threads, apa yang membuatkan Syida akhirnya tidak dapat berdiam diri lagi apabila mendakwa bekas lelakinya itu juga menghina ibu bapanya.
“Aku jual laicikang kat kampung pun diejek / hina dia… tak tau la apa masalah dengan manusia macam ini. Inilah the other side yang aku sorok aib dia selama ini.
“Sampailah dia dah hina mak bapa aku takkan aku nak diam lagi?? Aku isi masa lapang jual laicikang tepi rumah pun dia hina. 😌
“Kalau aku buka dekat Shah Alam nanti ada tak orang nak support Laicikang kami nanti?” dedah Syida.
Dalam hantaran yang lain, Syida memberitahu dia sebenarnya dalam keadaan baik sahaja namun tindakan bekas lelakinya itu yang mengundang kemarahannya.
“Takpa weh! Thanks hampa for the kind words to me ❤️🩹Aku ok ja, serious. Aku cuma nak netizen tau yang dok nampak baik sangat tu pijak semut tak mati.
“Aku ja dok bising nampak la aku ni yang problem ek. Kacau aku tak pa, aku diam selagi boleh. Tapi kalau dh hina mak pak aku, ingat aku dan adik bradik nak diam ke?” katanya.
Sumber - Threads