Skip to main content

Hiburan

“Aku Kenal Dari 90-an Lagi, Tak Pernah Tengok Dia…” - Azrul Zaidi Sifatkan Ameng Spring Seorang Yang Tenang, Tak Cepat Melenting

Ameng Spring

Sekilas

  • Azrul Zaidi berkongsi sisi sebenar Ameng Spring yang tidak mudah melenting dan tidak pernah menunjukkan sikap kasar sepanjang mereka mengenali sejak tahun 90-an.
  • Azrul juga menyatakan Ameng sering menyelitkan humor walaupun dalam keadaan marah untuk mengurangkan ketegangan suasana.
  • Isu panas tercetus selepas Liza Hanim mendakwa seorang penyanyi senior memperlekeh kemenangan anaknya, dan Ameng menafikan dakwaan itu serta menganggap ia cubaan menumpang popularitinya.

Pelawak dan pengacara, Azrul Zaidi menyorot perhatian apabila berkongsi sisi sebenar penyanyi, Ameng selepas tularnya beberapa dakwaan yang tidak enak didengar mengenai vokalis kumpulan Spring itu.

Menerusi Threads, Azrul yang pernah menjadi pengurus kumpulan Spring memaklumkan Ameng merupakan seorang yang tidak mudah untuk melenting.

Ujar Azrul, dia juga tidak pernah sekali melihat Ameng bersikap kasar atau menunjukkan kemarahan yang melampau.

“Inilah Ameng Spring yang dari dulu popular. Aku rapat dengan dia dari tahun 90-an Iagi sebab aku manage Spring Entertainment.

“Tak pernah tengok dia marah sampai macam ni sepanjang aku kenal dia,” kongsinya.

Tambah Azrul, meskipun sedang marah, Ameng tetap akan menyelitkan sedikit humor agar orang sekelilingnya tertawa bagi mengelakkan situasi bertambah tegang.

“Dari dulu kalau dia bengang pun ada lawak dalam bengang dia tu dan kita akan rasa macam tak ada apa-apa.

“Dan semestinya Ameng ini popular orangnya,” kongsinya lagi.

Sebelum ini, industri hiburan kecoh apabila penyanyi, Liza Hanim meluahkan rasa terkilan selepas mendakwa seorang penyanyi senior memperlekehkan kemenangan anaknya dalam sebuah program realiti televisyen baru-baru ini.

Meskipun penyanyi lagu Gelisah Mimpi itu tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun Ameng atau Wan Aminuddin Wan Ismail, 57, berpandangan kenyataan yang dikeluarkan Liza itu dituju kepadanya dan merupakan satu cubaan untuk menumpang popularitinya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Must-Watch Video

Advertisement