Skip to main content

Hiburan

Akui Dah Tinggal Berasingan Dengan Marissa Dania, Aslam Hadir Ke Mahkamah Untuk Pengesahan Cerai & Rujuk

Astrogempak ASLAM

Sekilas

  • Suami pempengaruh Marissa Dania, Ahmad Aslam, mengesahkan mereka kini tinggal berasingan dan menunggu keputusan mahkamah.
  • Mereka hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur untuk permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk.
  • Aslam telah melafazkan cerai dan rujuk beberapa kali sejak tahun lalu, dengan permohonan pengesahan terkini difailkan pada 10 Mac lalu.
Advertisement

Suami kepada pempengaruh, Marissa Dania Hakim iaitu Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid atau Aslam mengaku mereka kini tinggal berasingan.

Aslam mengesahkan perkara itu sebentar tadi ketika ditanya mengenai dakwaan tersebut.

Advertisement

“Ya betul. Saya pun tak tahu lagi sekarang kita tunggu keputusan daripada pihak mahkamah,” katanya.

Aslam hadir segara berasingan dengan isteri keduanya itu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur di sini, kira-kira jam 9.30 pagi tadi

Marissa, 21 dan Aslam, 27, hadir bagi permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk.

Marissa yang mengenakan busana berona merah jambu belacan, bagaimanapun kekal mengunci mulut namun kelihatan sebak.

Mereka  ditemani peguam syarie, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri yang mewakili Aslam.

Sebelum ini, Muhammad Ammar dilapor berkata anak guamnya memfailkan pengesahan lafaz cerai dan rujuk pada 10 Mac lalu.

Muhammad Ammar Yaser dilapor berkata, Aslam melafazkan lafaz cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya itu sebanyak dua kali, iaitu pada September 2024 dan rujuk pada bulan sama.

Aslam kemudian melafazkan cerai buat kali kedua pada April tahun lalu dan pasangan itu difahamkan kembali rujuk, dua bulan kemudian.

Muhammad Ammar juga dilapor berkata anak guamnya memfailkan pengesahan lafaz cerai dan rujuk pada 10 Mac lalu.

Aslam melafazkan lafaz cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya itu sebanyak dua kali, iaitu pada September 2024 dan rujuk pada bulan sama.

Aslam kemudian melafazkan cerai buat kali kedua pada April tahun lalu dan pasangan itu difahamkan kembali rujuk, dua bulan kemudian.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement