Skip to main content

Hiburan

Akui Watak Beremosi Beri Kesan, Puteri Balqis Pilih Untuk Bertenang Sebelum Kembali Bekerja

Akui Watak Beremosi Beri Kesan, Puteri Balqis Pilih Untuk Bertenang Sebelum Kembali Bekerja

Sekilas

  • Puteri Balqis sering menitiskan air mata ketika menghayati watak dalam drama terbaru, Dua Nyawa, kerana karakter yang sarat emosi.
  • Dia akan membayangkan setiap babak dan berbincang dengan pengarah untuk pendekatan terbaik sebelum penggambaran.
  • Drama Dua Nyawa akan ditayangkan mulai 13 November 2026 di platform iQIYI dan turut menampilkan pelakon terkenal lain seperti Zarif Ghazzi dan Vanidah Imran.
Advertisement

Dek kerana perlu menghayati karakter yang sarat dengan emosi, pelakon, Puteri Balqis mengakui sering menitiskan air mata ketika menjalani penggambaran drama terbaharu lakonannya yang berjudul Dua Nyawa.

Menurut  Puteri Balqis Azizi atau lebih mesra disapa Aqish, penghayatan terhadap watak tersebut adakalanya memberi kesan kepada emosinya sehingga terbawa-bawa di luar set penggambaran.

Advertisement

Jelasnya, setiap kali menerima skrip, dia akan membayangkan situasi dan babak yang perlu dilakonkan sebelum mendapatkan pandangan pengarah mengenai pendekatan terbaik untuk menjayakan karakter berkenaan.

“Banyak yang akan terbawa-bawa lagi bila kita membayangkan karakter.

“Bila kita dapat skrip, kita akan membayangkan setiap set. Jadi, kita akan berbincang dengan pengarah tentang bagaimana kita hendak memainkan watak tersebut,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Aqish berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama Dua Nyawa yang berlangsung di Diamond Lounge, Pavilion Damansara Heights, baru-baru ini.

Bagaimanapun, pelakon drama Anugerah Tanpa Cahaya itu bersyukur kerana mempunyai keluarga dan pasukan produksi yang sentiasa memberikan sokongan, sekali gus membantunya menjaga kesihatan mental sepanjang penggambaran.

“Ia memang akan terbawa-bawa, tetapi kalau kita cukup kuat dari segi mental dan mempunyai persekitaran yang baik seperti saya, keluarga dan pasukan saya sangat menjaga mental saya.

“Jadi, saya cuma mengambil masa untuk diri sendiri, bertenang dan kemudian kami kembali bekerja seperti biasa,” ujarnya.

Sekadar info, drama arahan Riza Baharudin itu turut dibintangi Zarif Ghazzi, Jazmy Juma, Vanidah Imran, Datuk Eizlan Yusof, Atilia Haron dan Kodi Rasheed.

Dua Nyawa bakal menemui penonton bermula 13 November 2026 menerusi platform penstriman iQIYI.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement