Skip to main content

Hiburan

“Al-Fatihah Buat Tun Hasmah, Baru Minggu Lalu Allah Izinkan Saya Jumpa Berdepan” - Zizi Kirana

“Al-Fatihah Buat Tun Hasmah, Baru Minggu Lalu Allah Izinkan Saya Jumpa Berdepan” - Zizi Kirana

Sekilas

  • Zizi Kirana berkongsi rasa sebak selepas bertemu dan bersalaman dengan Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah minggu lalu, yang menjadi pertemuan terakhir mereka.
  • Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara, disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.
  • Zizi mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Advertisement

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana meluahkan rasa sebak selepas mendapat khabar duka mengenai pemergian isteri Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir iaitu Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah yang meninggal dunia pada Isnin.

Menerusi Threads, pemilik nama Nur Fazelah Mad Tahil ini tidak menyangka pertemuannya bersama Tun Hasmah pada minggu lalu merupakan pertemuan pertama dan terakhir.

Advertisement

Menurut Zizi, selepas 41 tahun, Allah akhirnya mengizinkan dia bertemu dan bersalaman dengan Tun Hasmah secara berdepan.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

“Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali telah kembali ke pangkuan Ilahi.

Advertisement

“Baru minggu lalu, setelah 41 tahun usia saya, Allah izinkan saya akhirnya bertemu beliau secara berdepan.

“Saya sempat bersalaman dengan Tun, dan beliau sempat menegur, “Kenapa tangan sejuk?” Hari ini, teguran itu menjadi satu kenangan yang akan saya simpan dalam hati sampai bila-bila.

“Tak pernah terlintas bahawa pertemuan yang begitu istimewa itu rupanya menjadi salam terakhir saya buat Allahyarhamah,” tulisnya.

Di akhir perkongsian, Zizi menitipkan doa agar roh Allahyarhamah Tun Siti Hasmah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal solehnya, melapangkan dan menerangi alam kuburnya, serta menempatkan beliau dalam rahmat dan syurga-Nya.

“Al-Fatihah buat Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali,” tulisnya lagi.

Terdahulu, anak kepada Tun Dr Mahathir iaitu Tan Sri Mokhzani Mahathir mengesahkan bahawa ibunya, Tun Siti Hasmah telah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 9.20 pagi Isnin.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun.

Tun Dr Hasmah meninggalkan tujuh orang anak serta ahli keluarga yang lain.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement