Sekilas
- Kieda Crepe berkongsi pengalaman alahan teruk sepanjang kehamilan ketiganya yang kini sudah memasuki trimester ketiga.
- Dia meluahkan rasa syukur kerana suaminya sangat penyabar dan sentiasa menemani sepanjang fasa alahan tersebut.
- Kieda mengumumkan kehamilan ini selepas reda dengan pemergian arwah ayahnya dan berkongsi kisahnya di Threads.
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Kieda Crepe berkongsi pengalamannya melalui fasa kehamilan yang penuh mencabar.
Menerusi Threads, pemilik nama Siti Nur Khalieda Yusra ini memaklumkan bahawa dia mengalami alahan yang teruk sama seperti kehamilannya sebelum ini.
“Semua anak Kieda alahan , semua anak Kieda perjuangkan.
“Alahan kieda bukan biasa-biasa tapi sebab lama tunggu , jadi saya lalui dengan tenang walaupun pernuh air mata,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, Kieda meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat penyabar dan sentiasa menemaninya sepanjang fasa alahan.
“Tapi paling saya salute adalah suami saya yang tak kira waktu sabar melayan sampai semua kembali normal.
“Terima kasih suami, semoga syurga tempat tertinggi buat mu,” kongsinya.
Pada 24 November lalu, Kieda mengumumkan berita gembira mengenai dirinya yang kini sedang hamil anak ketiga.
Ujar Kieda, kehamilan ini datang di saat dirinya reda akan pemergian arwah ayahnya, dan kini sudah memasuki trimester ketiga.
Sumber: Threads