Sekilas
- Fatin Nabila berkongsi di Instagram tentang dugaan besar yang dihadapinya pada tahun 2025, termasuk perceraian awal tahun ini.
- Beliau mengalami kerugian lebih RM400,000 dan tekanan emosi yang menyebabkan sesak dada setiap malam.
- Fatin melihat ujian ini sebagai peluang untuk menjadi lebih matang, sambil menerima sokongan dan doa daripada netizen.
Perkongsian terbaharu pempengaruh Islamik, Fatin Nabila di Instagram (IG) mengenai dugaan yang dihadapinya sepanjang 2025 telah menyorot perhatian ramai.
Siapa sangka, pempengaruh yang sering membuat perkongsian Islamik ini pernah mendirikan rumah tangga sebelum bergolak dan diceraikan bekas suami awal tahun lalu.
Menerusi perkongsian dibuat, Fatin dilihat memuat naik foto dirinya sambil melakukan trend ‘2025 will be my year’.
“Tetapi apa yang Allah izinkan ialah, saya terima lafaz perceraian pada 1 Januari 2025.
“Mengalami banyak kehilangan sampaikan alami sesak dada setiap malam untuk selesaikan masalah,” kongsinya.
Bukan itu sahaja, Fatin berkongsi bahawa dia juga berdepan dengan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit pada awal tahun yang sama.
“Alami kerugian lebih RM400,000 pada awal tahun 2025.
“Yang lain biarlah saya simpan sendiri,” ujarnya.
Walau bagaimanapun, Fatin menganggap setiap ujian yang diterimanya adalah asbab untuknya menjadi lebih matang dalam kehidupan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat Fatin dan mendoakan pempengaruh itu dikurniakan jodoh yang baik di masa akan datang.

Sumber: IG Fatin Nabila