Skip to main content

Hiburan

Alami Komplikasi ‘Placenta Accreta’ Selepas Bersalin, Iqbal Zulkifli Mohon Orang Ramai Doakan Bekas Adik Ipar

Astro Gempak 575

Sekilas

  • Ahmad Iqbal Zulkefli memohon doa untuk bekas adik iparnya, Anes Ayunie, yang mengalami komplikasi serius selepas melahirkan anak akibat placenta accreta.
  • Anes dilaporkan kehilangan lebih dua liter darah dan terpaksa menjalani pembedahan kali kedua untuk mengatasi masalah tersebut.
  • Iqbal meminta orang ramai menghormati privasi keluarga dan tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai keadaan terkini Anes.
Advertisement

Usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli memohon orang ramai mendoakan bekas adik iparnya, Anes Ayunie yang kini dilaporkan sedang berdepan komplikasi serius selepas melahirkan cahaya mata.

Menerusi perkongsian dalam Threads, Iqbal memaklumkan Anes mengalami masalah placenta accreta sehingga menyebabkan kehilangan darah yang banyak dan terpaksa menjalani pembedahan kali kedua.

Advertisement

“Bekas adik ipar saya, Ayunie, melahirkan anak dan sedang berdepan komplikasi serius akibat placenta accreta.

“Difahamkan beliau telah kehilangan lebih daripada dua liter darah dan telah menjalani pembedahan kali kedua,” katanya.

dvfb

Bagaimanapun, Iqbal tidak berkongsi lanjut mengenai keadaan terkini Anes dan meminta orang ramai menghormati privasi keluarga ketika ini.

“Saya tidak berani berkongsi terlalu banyak maklumat buat masa ini.

“Mohon jasa baik semua untuk mendoakan agar Ayunie dipermudahkan segala urusan, diberikan kekuatan dan berada dalam keadaan yang baik,” ujarnya.

Untuk rekod, placenta accreta merupakan komplikasi kehamilan yang berlaku apabila uri melekat terlalu dalam pada dinding rahim sehingga boleh menyebabkan pendarahan serius ketika proses kelahiran.

Setakat ini, keadaan terkini Anes masih belum dikongsikan kepada umum.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement