Skip to main content

Hiburan

Alami Penyakit Lelah Kronik, Amir Hasan Akur Tak Boleh Nak Menyanyi - “Saya Dapat Rasakan…”

Amir Hasan

Penyanyi, Amir Hasan berkongsi dia kini tidak lagi boleh menyanyi seperti dulu.

Menurut Amir atau nama lengkapnya Amir Abu Hasan, meskipun minat terhadap dunia nyanyian masih ada keupayaannya untuk menyanyi kini semakin terbatas akibat masalah pernafasan yang dialami.

Amir berkongsi berita tersebut menerusi satu hantaran di Instagram.

"Saya suka menyanyi tapi saya tak boleh nak menyanyi. Bukan tak boleh tapi susah nak menyanyi disebabkan saya dah cukup nafas. Saya ada asthma yang kronik, saya tak jaga kesihatan. Saya makan apa yang saya nak makan dan minum.

"Saya dapat rasakan perubahan pada badan saya. Ia tidak mudah sebab setiap kali tidur saya akan terjaga sebab sejuk. Kalau panas sangat saya akan rasa lemas, kalau buat senaman yang berat saya akan cepat penat. Nak menyanyi pun menjadi satu masalah apatah lagi kalau mahu rap," katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Bicaramu itu juga mengakui keadaan itu menyebabkan rutin harian dan rehatnya sering terganggu, selain menjejaskan stamina untuk melakukan aktiviti fizikal.

"Ini bukan apa yang saya mahu tapi saya perlu lakukan sesuatu untuk diri sendiri, buat benda yang saya suka. Ia beri saya sebab untuk menjadi diri sendiri. Lapan tahun dalam industri ia agak sukar untuk saya menyanyi dan rap buat masa sekarang.

“Tapi saya rasa sekurang-kurangnya saya dah lalui pengalaman ini dan dah buat macam-macam. Jadi sekarang saya buat kerja saya sendiri," tambahnya.

 

Must-Watch Video

Advertisement