Skip to main content

Berita Tempatan

ALCI Perkenal Visi Baharu, Mahu Angkat Malaysia Sebagai Hab Ekonomi Kreatif Bertaraf Dunia

ALCI Perkenal Visi Baharu, Mahu Angkat Malaysia Sebagai Hab Ekonomi Kreatif Bertaraf Dunia

Sekilas

  • Asia Leaders in Cinematics Incubation (ALCI) memperkenalkan visi baharu untuk membangunkan ekosistem ekonomi kreatif negara melalui gabungan industri perfileman, teknologi digital, dan keusahawanan kreatif.
  • ALCI menjalinkan kerjasama dengan pelbagai rakan strategik dari dalam dan luar negara serta melancarkan inisiatif seperti siri dokumentari Film in Malaysia dan ALCI Digital Wallet.
  • Visi Creative Economic City diperkenalkan sebagai pelan induk jangka panjang untuk membangunkan hab ekonomi kreatif bertaraf dunia di Malaysia.
Advertisement

Asia Leaders in Cinematics Incubation (ALCI) memperkenalkan visi baharu yang menyasarkan pembangunan ekosistem ekonomi kreatif negara menerusi gabungan industri perfileman, teknologi digital, keusahawanan kreatif dan pembangunan bandar kreatif di bawah satu platform.

Mengangkat tema From Movie to Wallet to City, inisiatif itu dilihat sebagai strategi jangka panjang untuk menjadikan industri kreatif sebagai antara pemacu pertumbuhan ekonomi negara, sekali gus memberi manfaat kepada penggiat industri, pelabur, usahawan, komuniti serta sektor pelancongan.

Advertisement

Pengasas ALCI, Aaron Lim berkata, fokus organisasi itu bukan sekadar menerbitkan filem, sebaliknya membina ekosistem kreatif yang mampu memberi impak ekonomi secara mampan.

"Kisah membentuk budaya, budaya mencipta peluang dan peluang menjana pertumbuhan ekonomi. ALCI bukan sekadar menghasilkan filem, tetapi membina sebuah ekosistem kreatif yang mampu memberi nilai mampan kepada industri, masyarakat dan generasi akan datang," katanya pada majlis pelancaran visi ALCI di sini, baru-baru ini.

Menurut Aaron, ALCI turut menjalinkan kerjasama dengan beberapa rakan strategik dari dalam dan luar negara bagi memperkukuh pembangunan industri kreatif tempatan.

Antara kolaborasi yang diumumkan ialah bersama Horizon Film Entertainment Sdn. Bhd. bagi penerbitan filem dari Taiwan, Indonesia dan Thailand, Synergy Media (Appiness Chopstick) dari Hong Kong, filem Hear the Light bersama Singapura, Asia Showbiz Talent Malaysia dan Hong Kong, ABCS, Six in the City, program HRDC Performing for Cameras, serta pembikinan filem tempatan berjudul Moyang.

Advertisement

Pada majlis sama, ALCI turut memperkenalkan beberapa inisiatif baharu termasuk Film in Malaysia, sebuah siri dokumentari sebanyak 13 episod yang mempromosikan setiap negeri sebagai destinasi penggambaran bertaraf antarabangsa, di samping mengetengahkan budaya, pelancongan, peluang pelaburan dan potensi ekonomi tempatan.

Turut diumumkan ialah pembangunan ALCI Digital Wallet, sebuah ekosistem dompet digital yang menghubungkan pengguna, peniaga dan industri kreatif menerusi ganjaran, pulangan tunai serta pengalaman hiburan.

Selain itu, ALCI akan memperluaskan penerbitan bersama melibatkan syarikat tempatan dan antarabangsa bagi menghasilkan filem cereka, dokumentari, siri televisyen serta kandungan digital.

Usaha tersebut dijangka membuka lebih banyak peluang pelaburan, pemindahan teknologi, pertukaran bakat serta menarik lebih banyak produksi antarabangsa memilih Malaysia sebagai lokasi penggambaran.

Dalam masa sama, ALCI turut memperkenalkan visi Creative Economic City, iaitu pelan induk jangka panjang untuk membangunkan hab ekonomi kreatif bertaraf dunia yang menggabungkan studio filem, pendidikan, teknologi, pelancongan, inovasi dan pembangunan industri kreatif.

Majlis berkenaan turut menyaksikan pelantikan ahli Lembaga Pengarah Strategik, Penerbit Bersekutu serta beberapa rakan kerjasama strategik bagi memperkukuh perkembangan ALCI di Malaysia dan peringkat antarabangsa.

Aaron berkata, ALCI mengalu-alukan kerjasama daripada agensi kerajaan, pelabur, syarikat korporat, penerbit filem, penggiat industri kreatif, institusi pendidikan dan rakan strategik antarabangsa dalam usaha merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai hab ekonomi kreatif serta destinasi penerbitan kandungan bertaraf dunia.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

Must Watch Video

Advertisement