Skip to main content

Hiburan

Aleza Shadan Bimbang Anak Tengok Babak Berendam Dalam Kolam - “Malulah Dengan Mereka”

Aleza Shadan

Sekilas

  • Aleza Shadan akui rasa serba salah untuk buat babak berendam dalam filem Bisikan Nafsu sebab risau penerimaan anak-anaknya.
  • Babak berendam dilakukan pada waktu malam di Janda Baik dengan air kolam yang sangat sejuk, jadi ia menguji ketahanan fizikal Aleza.
  • Aleza buat sendiri beberapa aksi lasak termasuk jatuh berguling, manakala aksi lebih bahaya diserahkan kepada pelakon lagak ngeri.
Advertisement

Pelakon Aleza Shadan mengakui serba salah untuk menjayakan babak berendam di kolam renang dalam filem Bisikan Nafsu kerana bimbang dengan penerimaan anak-anaknya.

 

Advertisement

Aleza atau nama sebenarnya, Norhasliza Shadan, 51, berkata sepanjang lebih dua dekad dalam industri seni, dia tidak pernah melakukan adegan sedemikian, apatah lagi membabitkan babak yang dianggap seksi.

 

“Awal-awal memang saya tidak nak masuk kolam. Kalau melibatkan babak seksi begini, saya tak nak sebab anak saya sudah besar. Jadi, malulah dengan mereka.

Advertisement

 

“Benda lain saya boleh buat, tetapi bila melibatkan perkara ini, saya rasa segan. Namun akhirnya saya akur dengan permintaan pengarah, Riza Baharudin selepas memahami kepentingan adegan berkenaan.

 

“Tambahan pula bukan saya berbaju mandi mencolok mata. Masih dengan persalinan renang yang menutup tubuh. Jangan ingat saya suka-suka masuk kolam dengan umur saya macam ini,” katanya. 

 

Menurut Aleza yang menggalas watak Alyssa, babak tersebut turut menguji ketahanan fizikalnya apabila penggambaran dilakukan pada waktu malam di Janda Baik dalam keadaan air kolam yang sangat sejuk.

 

“Bayangkan tengah malam, air kolam pula sangat sejuk di Janda Baik. Nak tak nak, kena buat. Mula-mula memang banyak silap dan kena take beberapa kali.

 

“Sebenarnya banyak lagi adegan mencabar termasuk saya jatuh berguling di lereng curam. Kalau silap mendarat memang berisiko cedera.

 

“Tapi saya rasa babak berguling itu lebih senang daripada masuk ke dalam air yang sejuk seperti ais,” ujarnya.

 

Bercerita mengenai aksi lasak, Aleza berkata dia melakukan sendiri beberapa babak termasuk aksi jatuh berguling sebelum bahagian yang lebih berbahaya diserahkan kepada pelakon lagak ngeri.

 

“Jatuh berguling-guling saya buat sendiri. Apabila turun ke bawah cerun, kami gunakan stuntman (pelakon lagak ngeri).

 

“Ada calar sedikit, biasalah kerja. Kalau tak calar, tak kerjalah,” selorohnya.

 

Selain Aleza, Bisikan Nafsu terbitan Hello Production itu turut menampilkan Azeva, Aniq Suhair, Zul Huzaimy, Raja Azmi dan Ezzaty Abdullah.

 

Filem yang mengangkat kisah ‘haruan makan anak’ itu bakal ditayangkan di pawagam bermula 1 Oktober ini.

Anda mungkin berminat dengan

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

TAKKAN - Nata Bow Sandals/Low Heels (New Collections)

TAKKAN - Nata Bow Sandals/Low Heels (New Collections)

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

Must Watch Video

Advertisement