Skip to main content

Hiburan

Alha Alfa Anjur Jualan Bagi Kumpul Dana Kali Kedua Buat Adrian Adam, Amyza Aznan Luah Rasa Terharu

Amyza Aznan

Sekilas

  • Amyza Aznan berterima kasih kepada Datuk Alha Alfa atas inisiatif jualan khas yang membantu menampung kos perubatan anak keduanya, Adrian Adam, yang menghidap kanser tulang.
  • Amyza meluahkan rasa terharu dan hanya mampu mendoakan dari jauh sebagai penghargaan atas usaha murni Datuk Alha dan pasukannya.
  • Datuk Alha Alfa telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM20,000 hasil jualan khas untuk membantu rawatan Adrian Adam.
Advertisement

Pelakon, Amyza Aznan meluahkan rasa terharu atas inisiatif usahawan kosmetik terkenal, Datuk Alha Alfa yang mengumumkan jualan untuk mengumpul dana bagi menampung kos perubatan anak keduanya, Adrian Adam yang menghidap kanser tulang.

Menerusi Instastory, Amyza memaklumkan tiada kata-kata yang mampu diungkap sebaliknya hanya mampu berdoa dari jauh sebagai penghargaan atas usaha murni yang dilakukan Alha.

Advertisement

“Saya tak tahu apa kata-kata nak saya ucapkan kepada insan yang bernama Datuk Alha Alfa. Ini kali kedua beliau membuat jualan untuk membantu urusan perubatan anak saya, kesungguhan beliau dan pasukan untuk membantu anak saya mendapatkan rawatan yang terbaik.

“Datuk, hanya doa dalam hati yang mampu dilakukan untuk Datuk dan team. Doa yang tak terluah dengan kata-kata untuk saya tulis,” kongsinya.

Terdahulu, Alha menyampaikan amanah sebanyak RM20,000 hasil daripada jualan khas yang dibuatnya bagi membantu anak kedua, Amyza iaitu Adrian Adam yang kini sedang berjuang melawan kanser tulang.

Advertisement

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

SEJADAH SAKINAH AS PRAYER MATS V2

SEJADAH SAKINAH AS PRAYER MATS V2

Zara Awliya | Sejadah Aurelia [FREE Exclusive Box]

Zara Awliya | Sejadah Aurelia [FREE Exclusive Box]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

naelofar Samira Slim Sejadah

naelofar Samira Slim Sejadah

Must Watch Video

Advertisement