Skip to main content

Hiburan

Alha Alfa Imbas Zaman Mula Jadi MUA, Tak Pernah Terfikir Letak Caj Tambahan Angkat Barang - “Berat Mana Beg, Naik Tingkat Semua...”

grgtg

Sekilas

  • Datuk Seri Alha Alfa berkongsi kekeliruan apabila beberapa klien bertanya sama ada terdapat caj tambahan untuk mengangkat beg dan peralatan solek dalam perkhidmatan mekapnya.
  • Alha menjelaskan bahawa pasukannya sendiri yang akan menguruskan penghantaran dan pengangkutan peralatan tanpa caj tambahan, malah mereka pernah lakukan sendiri sejak mula dalam industri.
  • Perkongsian ini dibuat susulan isu tular seorang jurusolek yang didakwa minta klien bantu angkat peralatan, namun kedua-dua pihak telah memohon maaf dan menyelesaikan perkara tersebut.

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Alha Alfa meluahkan rasa pelik apabila terdapat klien yang bertanyakan sama ada wujud caj tambahan untuk mengangkat beg dan peralatan solek bagi perkhidmatan mekap yang ditawarkan.

Menerusi perkongsian di Threads, Alha atau nama sebenarnya Abdul Al Halim Mohd Al Fadhil, menjelaskan perkara tersebut selepas menerima beberapa pertanyaan serupa daripada klien sejak kebelakangan ini.

fdfvdd

“Ada isu apa saya terlepas ni? Kenapa tiba-tiba klien tanya sebut harga termasuk caj angkat beg atau tidak? Pelik juga sebab tiga atau empat orang tanya perkara sama.

“Sejak dulu memang saya ada pasukan sendiri. Ada pengurus, pembantu peribadi dan pemandu yang akan hantar terus ke lokasi solekan. Tak perlu pening fikir soal parkir,” katanya.

Menurut Alha, sekiranya ruang solekan kecil, hanya dia dan seorang pembantu sahaja akan berada di dalam bilik manakala ahli pasukan lain menunggu di luar atau di dalam kenderaan.

“Lepas selesai, kami balik sama-sama. Tak ada caj tambahan atau perkara pelik-pelik.

“Dulu masa mula-mula saya dalam industri ini pun, berat mana beg, naik tingkat, angkat lampu semua buat sendiri,” jelasnya.

Perkongsian itu dibuat susulan tular di laman Threads mengenai seorang jurusolek yang didakwa meminta klien membantu mengangkat peralatan soleknya, namun klien tersebut bertindak membatalkan perkhidmatan berkenaan.

Bagaimanapun, difahamkan kedua-dua pihak telah saling memohon maaf dan isu tersebut dianggap selesai tanpa sebarang pertikaian lanjut.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement