Sekilas
- Datuk Alha Alfa berkongsi kenangan ketika Bella Astillah meminta khidmat solekannya jika berjodoh dengan YB Syed Saddiq.
- Alha Alfa berpeluang memenuhi permintaan Bella untuk solekan pada majlis malam berinai pasangan itu baru-baru ini.
- Syed Saddiq dan Bella selamat disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.
Jurusolek dan usahawan terkenal, Datuk Alha Alfa mengimbas kembali perbualan bersama pelakon, Bella Astillah yang sebelum ini pernah meminta khidmat solekannya sekiranya berjodoh dengan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq.
Menerusi perkongsian di Threads, Alha berkata permintaan Bella itu masih diingatinya sehingga kini, malah dia bersyukur kerana berpeluang memenuhi hasrat pelakon berkenaan ketika majlis malam berinai yang berlangsung baru-baru ini.
“Ingat lagi Bella cakap ‘abang kalau Bella jadi dengan YB, abang kena make up Bella tau’ heheh okay.
“Alhamdulillah sempat slot in satu majlis untuk adik saya ni.
“Bella nak makeup macam mana? ‘Tak kisah macam mana tapi nak cantik,” kongsinya.

Dalam masa yang sama, Alha juga turut mendoakan agar rumah tangga pasangan itu kekal hingga ke syurga.
“Terima kasih for having me @bellaastillah semoga terus kekal ke jannah,” coretnya.
Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.