Skip to main content

Selebriti

Alha Alfa Luah Rasa Hairan, Buat Foundation 17 Warna Pun Masih Ada Yang Tak Puas Hati - “Dekat Mana Yang Nak Terasa Sangat Tu…”

Alha Alfa Luah Rasa Hairan, Buat Foundation 17 Warna Pun Masih Ada Yang Tak Puas Hati - “Dekat Mana Yang Nak Terasa Sangat Tu…”

Sekilas

  • Datuk Alha Alfa kecewa dengan kritikan terhadap produk foundationnya yang menawarkan 17 pilihan warna berdasarkan kajian pasaran dan data pelanggan.
  • Dia berharap orang ramai dapat sokong jenama tempatan yang berusaha menyediakan variasi warna foundation lebih pelbagai dan faham cabaran dalam penghasilan produk.
Advertisement

Jurusolek artis terkenal dan usahawan, Datuk Alha Alfa meluahkan rasa kecewa apabila produk foundation keluarannya yang menawarkan 17 pilihan warna masih menerima kritikan daripada segelintir pihak.

Menerusi perkongsian di Threads, Alha menjelaskan bahawa pemilihan warna tersebut dibuat berdasarkan kajian pasaran dan data pelanggan jenamanya yang majoritinya terdiri daripada pengguna Melayu.

Advertisement

“Now apa salah saya? Saya jual 17 warna foundation, sudah tentu saya buat market study for my brand, pembeli saya buat masa ni kebanyakkannya melayu.

“Tetapi sikit sikit saya akan perbanyakkan lagi shade range untuk indian skin tone. Pada saya shade ‘deep’ AA dah paling gelap dah, dan ‘dark’ melayu pun saya ada buat dah sawo matang melayu.

“Dekat mananya yang nak terasa sangat tu? Olive pun saya dah buat dah. Data customer saya banyak yang cerah.

Advertisement

“Kod cerah selalu habis dulu. Nanti if pengguna Indian ramai support, saya tambah lah lagi range indian tone tu,” jelasnya.

Tambah Alha, dia berasa hairan apabila usaha memperluaskan pilihan warna foundation daripada tiga kepada 17 warna masih belum dapat memenuhi jangkaan semua pihak.

“Kenapa eh? Saya pun tak faham. Buat tiga warna kene kecam. Buat lima warna kata tak logik, buat lapan warna cakap kenapa tak ada untuk kulit deep?

“Dah tambah sampai 17 warna pun, masih salah lagi?Come on. Nanti saya ada banyak gila untung, saya buat 300 warna ok?” coretnya.

Dalam masa sama, Alha juga berharap pengguna dapat memberikan sokongan kepada jenama tempatan yang berusaha menawarkan produk kecantikan dengan pilihan warna lebih pelbagai, selain memahami cabaran yang perlu dihadapi dalam menghasilkan setiap variasi warna foundation.

“Sekarang TT fees pun saya untung berapa sen je. Support lah local yang usaha nak buat terbaik. Jamganlah semua benda tak kena.

“Penat macam ni, semua serba serbi tak. Ingat buat satu shade color tu boleh order 100 pcs ke?” tulisnya.

Sumber: Threads @alhaalfa

Anda mungkin berminat dengan

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Alha Alfa Royal Propolis Foundation Perfect Glow

Alha Alfa Royal Propolis Foundation Perfect Glow

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Must Watch Video

Advertisement