Skip to main content

Hiburan

Alha Alfa Terkilan Dikecam ‘Over’, Hampir Putus Asa Kongsi Video Solekan Raya - “Nak Sama Macam Selalu, Baik Saya Tak Payah…”

ASTROGEMPAK Alha Alfa

Sekilas

  • Datuk Alha Alfa kecewa dengan kritikan negatif terhadap projek khas solekan raya ‘30 Ramadan 30 selebriti 30 make up raya’ yang dianggap keterlaluan oleh netizen.
  • Beliau mengambil keputusan untuk tidak meneruskan muat naik video tersebut dan menyekat akaun yang memberi komen melampau demi menjaga kesihatan mental.
  • Alha Alfa menghargai sokongan dan teguran membina daripada pengikut setia yang membantu memulihkan semangatnya.
Advertisement

Usahawan dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa meluahkan rasa terkilan apabila video projek khasnya ‘30 Ramadan 30 selebriti 30 make up raya’ menerima pelbagai kritikan negatif daripada netizen.

 

Advertisement

Menurutnya, dia berasa sedih apabila usaha kreatif yang menampilkan pelbagai gaya solekan raya dianggap keterlaluan dan terlalu tebal sehingga tidak bersesuaian.

 

“Maaf semua, saya dah tak nak upload 30 make up 30 selebriti 30 make up look itu. Saya sedih, orang asyik komen ‘overlah, tak sesuai la, bibir over la, shading over la’. 

 

“Bila buat make up natural kang, macam tahun lalu, ‘make up sama saja. Tak ada beza. Biasa saja, semua make up sama saja.’

 

“Dah tahun ini buat make up macam-macam look, ‘kenapa make up tahun ini over? Kenapa nak ubah sangat look arits itu?’. Ya Allah, bosannya… nak natural, nak sama macam selalu, baik saya tak payah buat lah transformation ini. Maaf,” tulisnya. 

 

Bagaimanapun, semangatnya kembali pulih selepas menerima sokongan dan kata-kata positif daripada pengikut setia. 

 

Dalam masa sama, Alha mengambil keputusan untuk menyekat akaun yang meninggalkan komen melampau demi menjaga kesihatan mentalnya.

 

Katanya, dia terbuka menerima teguran membina, namun tidak akan berkompromi dengan komen berbaur kecaman.

 

“Terima kasih kepada yang ambil berat. Terima kasih yang bagi semangat. Kalau komen bagi pendapat sikit-sikit itu saya okay saja. 

 

“Tapi dah banyak yang bercakap bukan-bukan itu saya dah pun sekat. Maaf. Dari hasil mekap saya buat korang terganggu, lebih baik korang tak tengok teruskan,” ujarnya. 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa)

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

Must Watch Video

Advertisement