Skip to main content

Hiburan

“Alhamdulillah Dapat Approve Daripada Watak Sebenar, Lega Rasanya” – Nam Ron

“Alhamdulillah Dapat Approve Daripada Watak Sebenar, Lega Rasanya” – Nam Ron

Sekilas

  • Pelakon Nam Ron menerima pujian dan restu daripada Datuk Abdul Razak Dawood atas lakonannya sebagai pengurus pasukan rali dalam filem TERBANG.
  • Abdul Razak memuji produksi filem itu dan menyatakan harapan agar TERBANG menjadi blockbuster, sambil mengagumi impak lakonan para pelakon.
  • Filem TERBANG yang diinspirasikan daripada kisah pasukan rali Malaysia kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Advertisement

Pelakon Nam Ron meluahkan rasa syukur dan lega selepas menerima pujian serta ‘restu’ daripada Datuk Abdul Razak Dawood terhadap lakonannya dalam filem TERBANG.

Menerusi perkongsian dalam media sosial, Nam Ron memuat naik tangkap layar komen Abdul Razak yang pernah berkhidmat sebagai Pengurus Besar Sukan Permotoran Proton serta pengurus pasukan Proton EON Rally Team (PERT).

Advertisement

Dalam TERBANG, Nam Ron membawakan watak Rahim, pengurus pasukan rali yang menjadi ‘anchor’ serta sokongan moral penting kepada pemandu.

“Terbaik Nam Ron. Saya nampak diri saya dalam diri awak, memikul semua cabaran.

“Saya harap filem ini akan menjadi blockbuster. Produksi sangat bagus terutama penggambaran dan kesan bunyi. Sudah tentu tanpa para pelakon, filem ini tidak akan memberikan impak yang diinginkan,” tulis Abdul Razak.

Advertisement
bbb

Menurutnya lagi, suasana selepas tayangan turut menyentuh hati apabila penonton dilihat masih kekal di tempat duduk beberapa minit sebelum memberikan tepukan gemuruh kepada legenda rali negara, Karamjit Singh.

Menerima komen tersebut, Nam Ron mengakui sebelum ini dia bimbang sekiranya karakter yang dibawakan tidak dapat diterima individu yang menjadi inspirasi kepada wataknya.

“Alhamdulillah dapat approve daripada watak sebenar.

“Kerisauan saya adalah kalau tuan badan tak boleh terima watak yang saya bawa.

“Lega rasanya,” katanya.

TERBANG arahan Chiu Keng Guan diinspirasikan daripada perjalanan pasukan rali Malaysia yang diketuai Karamjit dalam membuktikan kemampuan anak tempatan di pentas dunia.

Filem yang turut dibintangi Irfan Zaini, Zizan Razak, Jack Tan, Shweta Sekhon dan Diana Danielle itu kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

Must Watch Video

Advertisement