Skip to main content

Hiburan

"Alhamdulillah, Kilau Balik Sendiri" - Azhan Rani Lega Kucing Kesayangan Sudah Pulang

"Alhamdulillah, Kilau Balik Sendiri" - Azhan Rani Lega Kucing Kesayangan Sudah Pulang

Sekilas

  • Pelakon Azhan Rani bersyukur apabila kucing kesayangannya, Kilau, yang hilang sejak semalam, pulang sendiri ke rumah pada pukul 5.20 pagi.
  • Azhan membiarkan pintu dapur terbuka sepanjang malam untuk membolehkan Kilau masuk semula ke rumah.
  • Dia turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan, dan semua yang membantu serta mendoakan agar Kilau kembali dengan selamat.
Advertisement

Pelakon Azhan Rani meluahkan rasa syukur apabila kucing kesayangannya, Kilau, yang dilaporkan hilang sejak semalam akhirnya pulang ke rumah dengan selamat awal pagi tadi.

Menerusi perkongsian di Instagram, Azhan memaklumkan kucing baka British Long Hair itu pulang sendiri kira-kira pukul 5.20 pagi selepas dia membiarkan pintu dapur rumah terbuka sepanjang malam.

Advertisement

 

 “Alhamdulillah, syukur Allahuakbar.

 

“5.20 pagi Kilau balik sendiri. Tiba-tiba dengar suara dia. Semalaman biarkan pintu dapur terbuka.

“Terima kasih atas doa dan perhatian ramai yang mendoakan Kilau pulang,” katanya.

Dalam hantaran sama, pelakon berusia 49 tahun itu turut menzahirkan penghargaan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang sanggup membantu mencari Kilau sejak haiwan kesayangannya itu dilaporkan hilang.

“Terima kasih adik saya yang hampir setiap jam meronda mencari Kilau dari semalam.

“Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk membantu mencari serta mereka yang mendoakan Kilau dari hadapan Kaabah.

“Allah angkat doa kalian. Syukur Kilau pulang sendiri dengan selamat,” ujarnya.

Semalam, Azhan berkongsi kehilangan Kilau sehingga membuatkan dirinya berada dalam keadaan tidak tenang dan sukar memberikan tumpuan terhadap kerja.

Menurutnya, kucing tersebut bukan sekadar haiwan peliharaan, malah menjadi peneman tidur yang sangat rapat dengannya.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement