Skip to main content

Hiburan

"Alhamdulillah Saya Tak Ada Kecederaan Serius, Cuma..." - Siti Nurhaliza

Astrogempak Siti (2)

Sekilas

  • Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, dilaporkan dalam keadaan stabil selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya MEX pada Khamis.
  • Siti mengalami bengkak pada kaki dan telah menjalani X-ray serta rawatan, namun tiada kecederaan serius dilaporkan.
  • Beliau mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesembuhannya dan akan berehat untuk proses pemulihan.

Biduanita Negara, Siti Nurhaliza memaklumkan dirinya berada dalam keadaan stabil selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya MEX pada Khamis.

Menurut Siti, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Terima kasih semua yang mendoakan saya. Memang agak terkejut juga, tapi kalau dah nak jadi, kan.

“Alhamdulillah saya tak ada kecederaan serius, cuma kaki saya saja bengkak. Ligamen saya kot, takut koyak. Saya dah buat X-ray dan kaki pun sudah dibalut,” katanya.

Bagaimanapun, pelantun lagu Kesemua itu mengakui mula merasai kesakitan pada bahagian kaki dan perlu berehat untuk memastikan proses pemulihan berjalan lancar.

Dalam masa sama, Siti turut menzahirkan penghargaan kepada semua peminat yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhannya.

“Mungkin kena rehatlah. Sekarang baru rasa nyut, nyut, nyut. Harap cepat sembuh sebab ada acara yang perlu dihadiri. Terima kasih semua yang mendoakan saya. Sayang korang semua,” tambahnya.

Terdahulu, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di lebuh raya MEX pada Khamis. 

Pengurus peribadi beliau iaitu Rozi Abdul Razak mengesahkan mengenai berita kemalangan tersebut. 

Ketika dihubungi Gempak, Rozi memaklumkan Siti telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement