Skip to main content

Hiburan

Alicia Amin Mahu Fokus Kerjaya, Belum Rancang Ke Fasa Seterusnya Dengan Teman Lelaki - “Saya Tunggu Masa Yang Betul-Betul Sesuai”

Alicia Amin

Pelakon dan model, Alicia Amin memaklumkan dirinya masih belum mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan teman lelakinya.

Menurut Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin, dia dan teman lelaki tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan memandangkan hubungan mereka masih berada di fasa awal percintaan.

“Kami okey sahaja sebab dia sedang fokus kepada perniagaan, manakala saya pula sibuk dengan karier seni. Jadi kami ambil pendekatan perlahan-lahan.”

“Tiada apa-apa perkembangan besar tentang hubungan kami buat masa ini, lagipun kami baru dua tahun berkenalan. Kami mahu kenal hati budi dulu sebelum buat keputusan untuk ke fasa seterusnya,” katanya ketika ditemui Gempak.

Advertisement

Alicia berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis tayangan perdana drama ‘Saling Tak Terlihat’ yang diadakan di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur pada Selasa.

Tambah Alicia, dia kini lebih berhati-hati dalam percintaan kerana tidak mahu hubungan tersebut terputus di tengah jalan.

“Saya dah berusia sedikit, jadi perlu ambil masa dan tidak mahu bercinta berkali-kali tetapi akhirnya tak ke mana. Saya tunggu masa yang betul-betul sesuai untuk kahwin.”

“Kalau dia sanggup tunggu 10 tahun pun, maka itulah masanya.”

Sekadar info, Alicia pernah mendirikan rumah tangga dengan Dr. Farzan Iqbal pada 14 Februari 2021, namun bercerai pada Mac tahun lalu.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement