Skip to main content

Hiburan

Alif Satar Imbau Fenomena Zahid Lepas Menang AF - “Satu Malaysia Menangis…”

Zahid AF2

Sekilas

  • Alif Satar mengenang zaman kegemilangan Zahid Baharudin selepas menang Akademi Fantasia musim kedua sekitar 2004.
  • Kemenangan Zahid mencipta fenomena besar sehingga peminat dari Singapura dan Brunei turut mengaguminya seperti bintang antarabangsa.
  • Alif berkongsi cerita Zahid yang pernah berjanji belanja roti canai dan menarik ribuan peminat selepas kemenangan itu.

Selebriti versatil, Alif Satar mengimbau kembali zaman kegemilangan Zahid  Baharudin sewaktu penyanyi itu menjuarai Akademi Fantasia musim kedua (AF2) sekitar dua dekad yang lalu.

Menerusi ruangan komen di hantaran yang dimuat naik Zahid, Alif menyifatkan penyanyi itu sebagai antara bintang yang pernah mencipta fenomena luar biasa dalam industri hiburan tempatan satu ketika dahulu.

Menurut Alif, kemenangan Zahid itu telah membuatkan satu Malaysia menangis malah turut digilai peminat dari negara jiran seperti Singapuran dan Brunei.

“Adik-adik Gen Z kena tahu. Waktu ini, Zahid punya famous bila dia pergi Singapura atau Brunei rasa macam Michael Jackson!
Masa Zahid menang AF, satu Malaysia nangis.

“Lepas dia menang, Zahid cakap dia akan belanja orang makan roti canai. Beribu orang datang,” kongsinya.

Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya mengimbau kembali era kegemilangan Zahid selepas bergelar juara AF2.

Terdahulu, Zahid menyorot perhatian apabila mengimbau kembali kenangan sewaktu dirinya membuat persembahan di salah sebuah konsert AF2.

Untuk rekod, Zahid atau nama penuhnya Mohd Zahid Baharuddin muncul sebagai juara musim kedua Akademi Fantasia pada tahun 2004, menewaskan lima lagi finalis lain selepas menerima undian tertinggi daripada penonton.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement