Skip to main content

Hiburan

Alif Teega Nafi Diam Diri, Sudah Jumpa Pihak Berkuasa Berhubung Buku ‘Wanita Syurga’ - “Salah Tetap Salah….”

Alif Teega

Sekilas

  • Alif Teega menafikan dakwaan berdiam diri dan menjelaskan mereka telah berjumpa dengan pihak berkuasa agama untuk mendapatkan penjelasan mengenai kesilapan dalam buku Wanita Syurga.
  • Alif memohon maaf atas kesilapan tersebut dan berjanji akan memulangkan wang kepada pembeli buku dalam masa terdekat.
  • Isterinya, Aisyah Hijanah, telah menarik balik buku tersebut dari semua platform jualan dan menghentikan sementara penjualan buku lain di bawah penerbitannya.
Advertisement

Usahawan dan pempengaruh, Alif Teega menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya berdiam diri susulan kontroversi membabitkan kesilapan penulisan ayat al-Quran serta rujukan terjemahan dalam buku yang ditulis isterinya, Aisyah Hijanah yang berjudul Wanita Syurga.

Menerusi hantaran di Threads, Alif juga menjelaskan bahawa mereka juga telah bertemu pihak berkuasa agama bagi mendapatkan pandangan dan penjelasan berhubung isu tersebut.

Advertisement

“Yang kata saya berdiam diri sejak isu ayat al-Quran tersebut, saya secara proaktif berjumpa dengan autoriti agama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil.

“Saya juga beri penjelasan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) tentang bagaimana isu ini boleh berlaku. Ya, salah tetap salah dan kami mohon maaf,” katanya.

Dalam masa yang sama, Alif turut memaklumkan bahawa pihaknya akan berusaha untuk memulangkan wang kepada pembeli buku tersebut dalam masa terdekat.

“Insya-Allah akan dimaklumkan kepada pembeli. Jangan risau. Apa yang salah tetap salah dan wallahi kami cuba sebaik mungkin memperbaiki apa yang termampu di samping permohonan maaf kami,” katanya.

Terdahulu, Aisyah Hijanah tampil membuat permohonan maaf selepas tularnya isu melibatkan buku dakwah terbitannya berjudul Wanita Syurga yang didakwa mengandungi kesalahan potongan ayat al-Quran.

Permohonan maaf itu selepas naskhah berkenaan menerima kecaman daripada orang ramai, khususnya warga maya.

Susulan isu tersebut, Aisyah mengambil keputusan menghentikan sementara penjualan semua buku di bawah penerbitannya, selain menarik balik buku Wanita Syurga daripada semua kedai dan platform jualan sama ada secara dalam talian mahupun fizikal.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement