Skip to main content

Hiburan

Aliff Aziz Rindu, Akui Dah Lama Tak Jumpa Ayden & Ara - “Mereka Di Persekitaran Yang Baik”

Aliff Aziz

Sekilas

  • Aliff Aziz mengakui rindu kepada dua anaknya, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna, hasil perkahwinan dengan Bella Astillah.
  • Dia memilih untuk tidak berkongsi lanjut mengenai isu hak jagaan anak kerana ia perkara sensitif dan mahu fokus pada perkara positif.
  • Aliff berharap anak-anaknya membesar dalam persekitaran baik dan berjanji akan terus memperbaiki tanggungjawab sebagai bapa.

Penyanyi dan pelakon Singapura, Aliff Aziz mengakui dirinya merindui dua cahaya mata hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Bella Astillah iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Walau bagaimanapun, pemilik nama Mohammad Aliff Aziz ini memilih untuk tidak berkongsi secara terperinci mengenai sebarang isu melibatkan anak seperti usaha mendapatkan hak jagaan dua anaknya itu.

“Baiklah, ada beberapa perkara yang saya boleh jawab dan kongsi. Ada juga perkara yang saya rasa tak sesuai untuk kongsikan.

“Saya memilih untuk tidak menjawab supaya tak salah cakap sebab jadi perkara lain pula. Apa saja yang melibatkan peribadi, isu yang orang ramai nak tanya, saya rasa seeloknya saya simpan dan memilih untuk tidak ulas lanjut.

“Saya tak nak cakap benda yang boleh jadi bahan cerita yang tak baik. Dalam bulan yang baik ni, Aliff nak fokus pada positiviti.

“Sudah tentu saya rindukan anak-anak saya tapi cukup sekadar itu sajalah (yang saya boleh kongsikan),” katanya kepada Gempak.

Aliff berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri iQIYI bertempat di Andaman Grand Hall, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam masa sama, Aliff menegaskan bahawa isu melibatkan anak-anak adalah satu perkara yang sangat sensitif dan perlu ditangani dengan penuh berhati-hati.

“Apa-apa pun berkenaan anak-anak Aliff ni adalah satu benda yang sensitif.

“Saya tak nak perkara yang kita cuba usahakan yang terbaik ni jadi tak baik hanya sebab saya menjawab atas rasa nafsu atau sekadar nak nak menjawab,” katanya lagi.

Ditanya mengenai kali terakhir bertemu Ayden dan Ara, pelantun lagu Amarah Cinta ini mengakui sudah lama tidak berjumpa dua anak tercintanya itu.

“Dah lama juga (tak berjumpa). Tapi macam saya kata, apa pun berkenaan Ayden dan Ara ni, saya enggan ulas lanjut,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Aliff seronok melihat dua anaknya membesar dalam persekitaran yang baik.

“Alhamdulillah, saya rasa mereka berada di satu persekitaran yang insya-Allah baik untuk mereka membesar. Saya tak pernah lupa doakan mereka.

“Sebagai seorang ayah, saya bahagia melihat mereka gembira. Ara pun dah besar, dah pandai menari.

“Sebagai bapa, saya akan cuba perbaiki dan uruskan tanggungjawab Aliff sebaik mungkin insya-Allah. Kita bergerak ke depanlah.”

Untuk relod, Aliff pernah mendirikan rumah tangga dengan Bella Astillah pada 9 September 2016 sebelum berpisah pada 13 Jun 2024. Mereka pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

Hasil perkongsian hidup, Aliff dan Bella dikurniakan dua cahaya mata.

Anda mungkin berminat dengan

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

Must-Watch Video

Advertisement