Skip to main content

Berita Tempatan

Aliff Aziz Tak Sabar Keluarga Dari Singapura Tonton Mansur & Liu, Pilih Abaikan Gosip Dengan Melinda

Aliff Aziz Tak Sabar Keluarga Dari Singapura Tonton Mansur & Liu, Pilih Abaikan Gosip Dengan Melinda

Sekilas

  • Aliff Aziz teruja keluarga dan rakan-rakannya dari Singapura akan hadir menonton pementasan Teater Muzikal Mansur & Liu.
  • Aliff fokus pada persembahan dan tidak ambil pusing gosip di media sosial mengenai dirinya dan Melinda Dadew.
  • Mansur & Liu mengisahkan sejarah Melaka abad ke-15 dengan 30 lagu baharu ciptaan M. Nasir dan dipentaskan di Istana Budaya pada September 2026.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, mengakui teruja apabila keluarga serta rakan-rakannya dari Singapura bakal hadir menyaksikan pementasan Teater Muzikal Mansur & Liu pada salah satu hari persembahan nanti.

Aliff yang menggalas watak Sultan Mansur Shah berkata, kehadiran insan terdekat dari negara kelahirannya itu pastinya memberikan satu perasaan yang berbeza buat dirinya, apatah lagi selepas melalui proses latihan dan persiapan yang panjang untuk menjayakan produksi berkenaan.

Advertisement

Menurut Aliff, dia sememangnya berharap keluarga dan rakan-rakan dapat melihat sendiri hasil kerja kerasnya di pentas.

“Memang saya teruja. Keluarga dan kawan-kawan dari Singapura akan datang tengok salah satu hari persembahan nanti.

“Bagi saya, itu satu perkara yang sangat bermakna sebab selama ini mereka hanya tahu saya sibuk dengan latihan dan persiapan untuk Mansur & Liu. Jadi nanti mereka dapat tengok sendiri apa yang kami semua hasilkan di atas pentas,” katanya sewaktu ditemui media selepas pra tonton Mansur & Liu di Panggung Sari, Istana Budaya.

Dalam pada itu, Aliff memilih untuk tidak terlalu memikirkan mengenai pelbagai perkara yang diperkatakan di media sosial, termasuk gosip yang mengaitkan dirinya dengan pelakon yang memainkan watak Puteri Liu, Melinda Dadew.

Aliff berkata, buat masa ini keutamaan dirinya adalah memastikan setiap persembahan Mansur & Liu berjalan dengan sebaik mungkin.

Advertisement

Lebih menarik, Aliff mengakui dia tidak mengikuti perbualan atau spekulasi yang muncul di media sosial mengenai dirinya dan Melinda.

“Saya memang fokus kepada pementasan. Saya tak baca sangat media sosial. Bagi saya sekarang, tanggungjawab saya adalah sebagai Sultan Mansur Shah dan saya mahu berikan yang terbaik untuk watak itu serta keseluruhan produksi.

“Kalau kita terlalu fikir tentang apa orang cakap, nanti fokus kita boleh lari. Jadi saya pilih untuk buat kerja saya sahaja,” katanya.

Dengan kira-kira 30 lagu baharu ciptaan M. Nasir, Mansur & Liu mengangkat kisah yang diilhamkan daripada Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu, khususnya pertemuan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Liu dari China.

Selain kisah percintaan, muzikal itu turut membawa elemen persaingan kuasa serta kedudukan Melaka dalam percaturan geopolitik yang melibatkan China, Siam dan kerajaan serantau pada abad ke-15.

Selain Aliff dan Melinda, pementasan ini turut menampilkan Amerul Affendi, Sherry Alhadad, Hazama, Arena Wan dan barisan pelakon lain. Teater Muzikal Mansur & Liu dipentaskan dari 10 hingga 20 September 2026 di Panggung Sari, Istana Budaya.

Anda mungkin berminat dengan

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Must Watch Video

Advertisement