Skip to main content

Selebriti

Aliff Syukri Hadiahkan Jam Rolex Bertatahkan Berlian Buat Anak, Anggaran Dalam RM250,000 - “Semoga Ammayan Ingat Usaha Abah Untuk…”

Aliff Syukri hadiahkan Ammayan Rolex

Sekilas

  • Datuk Seri Aliff Syukri menghadiahkan jam tangan Rolex bertatahkan berlian bernilai sekitar RM250,000 kepada anak sulungnya, Ammar Ahyan, semasa bercuti di luar negara.
  • Aliff menjelaskan hadiah itu sebagai penghargaan dan pelaburan masa depan untuk Ammar, serta berharap anaknya menghargai usaha tersebut apabila dewasa.
  • Sebelum ini, Aliff juga pernah menghadiahkan kereta mewah Porsche kepada Ammar sebagai tanda penghargaan.

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman telah menghadiahkan sebuah jam Rolex pertama buat anak sulungnya, Ammar Ahyan sewaktu mereka sedang bercuti di luar negara.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Aliff memaklumkan anggaran harga jam tangan berjenama mewah yang bertatahkan berlian itu adalah lebih kurang RM250,000.

“Ini anggaran dalam RM250,000, Ammayan punya jam yang abah hadiahkan, nak tengok dia gembira ke tidak.

“Yang penting Ammayan dah ada, Ammayan kena rajin lagi tau, lepas ni Baim pula,” ujarnya.

Jelas Aliff lagi, hadiah itu merupakan sebagai satu bentuk penghargaan buat anaknya selain mempunyai nilai untuk masa akan datang.

“Rolex pertama Ammar bertatahkan berlian, semoga Ammar ingat usaha abah untuk Ammar bila besar nanti.

“Ramai orang ingat bila papa belikan jam ni membazir hakikatnya jam ini naik value. Papa dah ronda London dan lebih tiga empat kedai semua tak ada stok. Kedai ini sahaja ada stok,” kongsinya.

Terdahulu, Aliff juga telah menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Porsche kepada anak sulungnya, Ammayan baru-baru ini.

Must-Watch Video

Advertisement