Sekilas
- Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi luahan menyentuh hati tentang anak perempuannya, Qadejah El Zahra, di aplikasi Threads.
- Aliff menegaskan peranan penting seorang bapa yang sentiasa menyayangi dan menjaga anak perempuannya dari kecil hingga dewasa.
- Netizen turut terharu dengan perkongsian itu dan memuji kasih sayang Aliff sebagai seorang bapa yang penyayang.
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menyorot perhatian apabila memuat naik luahan menyentuh hati buat anak perempuannya, Qadejah El Zahra menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di aplikasi Threads.
Menerusi hantaran tersebut, Aliff yang memuat naik gambar Qadejah memaklumkan bahawa disebalik kehebatan dan kejayaan seorang anak perempuan, akan adanya figura seorang bapa yang sentiasa berada di sisi dalam apa jua keadaan.
“Ada tak nampak benda tersembunyi? Di sebalik anak perempuan yang hebat, akan ada sisi seorang ayah yang sentiasa menjaga dan menyayangi anak gadisnya dan akan berada di sisinya walaupun ketika kecil dan besar,” luah Aliff.
Dalam masa yang sama, bapa kepada enam orang anak ini memaklumkan bahawa dia akan sentiasa menyayangi Qadejah dan akan terus menjadi hero dalam hidup anak keduanya itu.
“I will be your hero forever and ever.. Abah sayang Qadejah,” tulisnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu selain berpendapat Qadejah sangat beruntung kerana memiliki seorang bapa yang penyayang seperti Aliff.
Sumber: Threads