Skip to main content

Selebriti

Aliff Syukri Kongsi Rezeki, Tawarkan Hadiah Kereta Kepada Pembeli Bertuah - “Ini Merupakan Kali Pertama…”

Aliff Syukri nak bagi kereta pada pelanggan bertuah

Sekilas

  • Jenama beg tangan AS akan melancarkan koleksi eksklusif bersama Izara Aishah dengan empat rekaan pilihan beliau yang dijual pada harga mampu milik antara RM75 hingga RM85.
  • Setiap pembelian pada sesi penstriman langsung 25 Januari 2026 di TikTok Shop @papalarisofficial akan melayakkan pembeli menyertai cabutan bertuah untuk memenangi sebuah kereta Perodua Bezza.
  • Selain hadiah utama, pembeli juga akan menerima keychain eksklusif dan tumbler, dengan pengumuman pemenang cabutan bertuah dibuat pada 31 Januari 2026.

Setelah berjaya mencatat rekod jualan beg tangan RM1 juta terpantas menerusi platform Penstriman Langsung dalam Malaysia Book of Records dan kolaborasi dengan Sally Whoo tahun lepas, jenama beg tangan AS sekali lagi bakal mencipta fenomena baharu dengan kolaborasi bersama Izara Aishah.

Menampilkan empat koleksi eksklusif iaitu Bolaia, Belta, Bucket & Moola, kesemua koleksi rekaan ini dipilih sendiri oleh Izara Aishah.

Menurut pengasas beg AS iaitu Datuk Seri Aliff Syukri, beg tersebut akan dijual dengan harga yang mampu milik.

“Koleksi beg itu akan dijual dengan harga sekitar RM75 - RM85 sahaja, rekaan yang eksklusif dan mewah tetapi dengan harga yang mampu dimiliki oleh semula lapisan masyarakat Malaysia,” ujarnya:

Tambah Aliff lagi, bagi menghargai sokongan pembeli tegar jenama beg AS, usahawan terkenal ini juga mengumumkan akan memberi ganjaran sebuah kereta Perodua Bezza kepada pembeli bertuah.

“Ini merupakan kali pertama jenama beg tempatan di Malaysia menawarkan hadiah berupa sebuah kereta kepada pembeli bagi menghargai sokongan dan kepercayaan yang diberikan selama ini kepada jenama AS. 

“Selain daripada hadiah utama kereta, setiap pembeli yang membuat pembelian pada malam 25 Januari tersebut juga akan mendapat keychain exclusive koleksi Izara x AS dan tumbler,” jelasnya.

Untuk info, pembeli harus membeli beg tersebut semasa sesi pelancaran di platform penstriman langsung pada 25 Januari 2026, jam 8:00 malam menerusi platform akaun TikTok Shop @papalarisofficial.

Pembeli yang membuat pembelian koleksi Izara x AS pada malam tersebut secara langsung berpeluang melayakkan mereka menyertai cabutan bertuah bagi memenangi kereta Perodua Bezza. 

Cabutan akan dibuat pada 31 Januari 2026 pada pukul 8:00 malam dan pemenang akan diumumkan pada malam tersebut.

Pembeli yang telah membeli pada sesi penstriman langsung pada 25 januari perlu menonton sesi live pada 31 Januari bagi mendapatkan kata kunci kepada pembeli bertuah yang dihubungi secara langsung.


 

Must-Watch Video

Advertisement