Skip to main content

Hiburan

Aliff Syukri Menangis TikTok Disekat Buat Live Selama Lima Tahun - “Takkan Saya Kena Tunggu Sampai Umur…”

Aliff Syukri Menangis TikTok Disekat Buat Live Selama Lima Tahun - “Takkan Saya Kena Tunggu Sampai Umur…”

Sekilas

  • Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi rasa sebak selepas akaun TikToknya disekat daripada membuat siaran langsung selama lima tahun.
  • Beliau mendakwa akaunnya sudah empat kali kena banned dan butang live tidak lagi boleh digunakan sejak sekatan itu.
  • Aliff mengajak orang ramai mengikuti akaun TikTok baharunya untuk terus berinteraksi dan menjalankan jualan produk syarikatnya.
Advertisement

Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri tidak dapat menahan sebak selepas mendakwa akaun TikTok miliknya disekat daripada melakukan siaran langsung selama lima tahun.

Menerusi beberapa perkongsian video dalam TikTok, Aliff meluahkan rasa kecewa apabila mendapati butang untuk membuat siaran langsung pada akaunnya sudah tidak lagi boleh digunakan.

Advertisement

“Kenapa tiada butang live? Korang, akaun ini dah tak boleh live. Saya kena banned lima tahun.

“Korang tak tahu nak cakap macam mana. Dah umur saya 44 tahun baru akaun saya dapat balik.

“Saya tak tahu dah. TikTok saya dah empat kali kena banned,” katanya dalam keadaan sebak.

Advertisement

Susulan itu, Aliff turut mengajak orang ramai mengikuti akaun TikTok baharunya bagi membolehkan dia terus berinteraksi dengan pengikut selain menjadi medium utama dia melakukan jualan produk keluaran syarikat.

“Takkanlah saya kena tunggu sampai umur 44 tahun.

“Korang followlah TikTok saya yang baharu,” rayunya.

Sebelum itu, Aliff turut berkongsi tangkap layar tetapan akaun TikTok @papalarisofficial yang memaparkan akaunnya hanya dibenarkan membuat sesi siaran langsung semula bermula 15 Julai 2031.

 

Sumber: TikTok
 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

Vacuum Bag Clothes Organization Vacuum Storage Bag Vacuum Plastic Bag With Electric Pump Plastik Vacum Bag Vakum Beg

Vacuum Bag Clothes Organization Vacuum Storage Bag Vacuum Plastic Bag With Electric Pump Plastik Vacum Bag Vakum Beg

《Mega Deal》High/Middle Waist Underwear Cotton Underpants Breathable Female Panties Innerwear Seluar Dalam Wanita

《Mega Deal》High/Middle Waist Underwear Cotton Underpants Breathable Female Panties Innerwear Seluar Dalam Wanita

Touch 'n Go RFID Self-Fitment DIY Tag

Touch 'n Go RFID Self-Fitment DIY Tag

GEWORTH Seluar Cargo Wanita Style Loose Baggy Lelaki Perempuan Viral Bergetah

GEWORTH Seluar Cargo Wanita Style Loose Baggy Lelaki Perempuan Viral Bergetah

Must Watch Video

Advertisement