Skip to main content

Hiburan

Aliff Syukri Miliki Lebih 200 Unit Hartanah Termasuk Di Indonesia & London - “Kebanyakan Disewakan, Jana Pendapatan”

Astro Gempak 379

Sekilas

  • Datuk Seri Aliff Syukri memiliki sekitar 200 hingga 300 unit hartanah yang mula dikumpul sejak usia 19 tahun sebagai pelaburan jangka panjang.
  • Hartanah miliknya termasuk kondominium, apartmen, dan rumah kos rendah yang kebanyakannya disewakan untuk menjana pendapatan.
  • Isterinya, Datin Seri Nur Shahida, menjelaskan aset hartanah tersebut juga dilihat sebagai simpanan masa depan untuk anak-anak, namun mereka mahu anak-anak berusaha sendiri kelak.
Advertisement

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan memiliki sekitar 200 hingga 300 unit hartanah hasil minatnya dalam mengumpul aset sejak usia muda.

Menurut Aliff, dia mula membeli hartanah seawal usia 19 tahun sebagai satu bentuk pelaburan jangka panjang.

Advertisement

“Saya memang minat mengumpul aset. Setakat ini jumlahnya sekitar 200 hingga 300 unit termasuk rumah yang tidak sengaja tular baru-baru ini.

“Saya mula kumpul aset sejak umur 19. Kalau tidak beli awal, mungkin sekarang harganya jauh lebih mahal,” katanya.

Tambahnya, pembelian hartanah bukan sahaja untuk kegunaan keluarga, malah menjadi sumber pendapatan melalui sewaan.

“Antara yang saya miliki termasuk kondominium, apartmen dan rumah kos rendah.

“Saya tidak duduk di semua rumah itu, kebanyakannya disewakan dan dari situ saya jana pendapatan,” ujarnya.

Aliff berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis rumah terbuka yang diadakan di kediamannya di Damansara, baru-baru ini.

Dalam masa sama, isterinya Datin Seri Nur Shahida turut berkongsi bahawa mereka melihat hartanah sebagai simpanan masa depan buat anak-anak.

“Saya dan suami memang gemar membeli hartanah sejak dahulu dan ia juga menjadi salah satu sumber pendapatan kami.

“Aset-aset ini kami lihat sebagai simpanan masa depan untuk anak-anak,” katanya.

Bagaimanapun, Shahida menegaskan mereka tidak menetapkan setiap aset tersebut untuk diwarisi anak-anak semata-mata.
 

“Kami sudah sediakan keperluan asas seperti pendidikan. Bila dewasa nanti, kami mahu mereka berusaha dan mencari harta sendiri,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement