Skip to main content

Hiburan

Aliff Syukri, Shahida Bawa Staf Dan Keluarga Bercuti Ke Pulau Redang - “Boleh Bawa Suami, Anak Kami Tanggung Semua...”

Astro Gempak 400

Sekilas

  • Datuk Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida membawa hampir 200 kakitangan beserta keluarga bercuti ke Pulau Redang sebagai tanda penghargaan.
  • Percutian tiga hari dua malam itu dianjurkan sebagai program ‘family day’ syarikat untuk menghargai usaha pekerja.
  • Semua kakitangan dibenarkan membawa ahli keluarga masing-masing secara percuma tanpa sebarang kos.

Usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida membawa hampir 200 kakitangan bersama keluarga mereka bercuti ke Pulau Redang, Kuala Terengganu sebagai tanda penghargaan.

Menurut Shahida, percutian selama tiga hari dua malam itu dianjurkan sebagai program ‘family day’ syarikat bagi menghargai usaha pekerja yang selama ini bertungkus-lumus membangunkan perniagaan.

“Bismillahirrahmanirrahim, doakan perjalanan kami ke Kuala Terengganu selamat. Hari ini mama dan papa satu keluarga termasuk pembantu rumah semua kami bawa.

“Kita ada family day ke Pulau Redang selama tiga hari dua malam,” katanya.

gdfd

Tambahnya, lebih istimewa apabila semua kakitangan turut dibenarkan membawa ahli keluarga masing-masing tanpa sebarang kos.

“Yang bestnya bukan staf sahaja boleh pergi. Mereka boleh bawa anak-anak, suami atau isteri masing-masing secara percuma, kami tanggung semua.

“Ini sebagai tanda penghargaan kami untuk pekerja yang dah bertungkus-lumus menaikkan syarikat,” ujarnya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement