Sekilas
- Aliyah, pempengaruh media sosial, mendakwa teman lelakinya, Yusman Kusuma atau Yuka, berlaku curang dengan sahabat baiknya, Julia Prastini.
- Aliyah berkongsi bukti gambar dua individu berpelukan yang didakwa Yuka dan Julia, menyebabkan dia kelihatan terganggu dan emosional.
- Yuka menafikan hubungan istimewa dengan Julia walaupun pernah menyimpan nombor telefon wanita itu dengan nama lain, manakala Julia pula didakwa menjalinkan hubungan dengan lelaki lain walaupun sudah berkahwin.
Pempengaruh media sosial, sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi pula bukti terbaharu yang mendakwa teman lelaki Indonesianya, Yusman Kusuma atau lebih mesra disapa Yuka berlaku curang.
Menerusi perkongsian di Threads, Aliyah menunjukkan sekeping foto yang dihantar seorang individu.
Dakwa Aliyah, dua individu yang berpelukan dalam gambar tersebut adalah dan juga teman baiknya iaitu Julia Prastini.
“Kamu tak perlu nak buat apa-apa klarifikasi, Yuka. Berhenti baca skrip kamu itu.
“Astagfirullah, ada hamba Allah yang bagitahu (gambar) ini kepada Aya. Apa ini? Kawan apa kalau macam ini?,” kongsinya.
Aliyah kemudiannya kelihatan menggigil dan mencampakkan telefon sebelum ditenangkan rakannya.
Terdahulu, Aliya menyorot perhatian apabila mendakwa teman lelakinya yang merupakan pempengaruh Indonesia, Yusman Kusuma telah berlaku curang dengan sahabat baiknya sendiri iaitu Julia Prasitini.
Yuka kemudiannya tampil dengan pendedahan bahawa dia pernah menyimpan nombor telefon Julia dengan nama ‘Zakie’, namun menegaskan bahawa itu tidak bermaksud dia mempunyai hubungan istimewa dengan wanita berkenaan.
Sebelum ini, Julia yang lebih mesra dengan panggilan Jule turut didakwa menjalinkan hubungan dengan jejaka lain meskipun masih berstatus isteri orang.
Difahamkan, Jules sudah berkahwin dengan seorang jejaka Na Daehoon yang merupakan warga Korea Selatan dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sumber: Threads