Skip to main content

Berita Tempatan

"Allah Tak Tarik Nyawa Mama Terus, Allah Kasi Kami 'Practice' Hari-Hari Melawat Mama Kat Hospital Tanpa Boleh ..." - Elfira Loy

"Allah Tak Tarik Nyawa Mama Terus, Allah Kasi Kami 'Practice' Hari-Hari Melawat Mama Kat Hospital Tanpa Boleh ..." - Elfira Loy

Sekilas

  • Pelakon Elfira Loy berkongsi rasa kehilangan mendalam selepas pemergian ibu tercinta, Filzah Yusoff, yang juga merupakan teman baik dan penasihatnya.
  • Elfira reda dengan ketentuan Allah dan menghargai masa yang diberikan untuk keluarga bersiap sedia menghadapi kehilangan tersebut.
  • Dia berjanji akan meneruskan hidup dengan cinta, doa, dan pegangan yang ditinggalkan oleh ibunya, sambil menerima sokongan daripada rakan selebriti dan peminat.
Advertisement

Pelakon Elfira Loy meluahkan rasa kehilangan susulan pemergian ibu tercinta Filzah Yusoff yang disifatkannya bukan sekadar seorang ibu, malah individu paling memahami dirinya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Elfira atau lebih mesra disapa El mengakui sukar mencari kata-kata untuk menggambarkan perasaannya selepas kehilangan insan yang selama ini memainkan begitu banyak peranan dalam kehidupannya.

Advertisement

"Tak tahu cakap macam mana, Ma.

"Kakak bukan sahaja kehilangan seorang ibu, kakak kehilangan teman baik, seorang yang mengurus kerja kakak, stylist kakak, penasihat kakak, penjaga kakak dan yang paling penting, satu-satunya orang yang faham kakak.

"Satu-satunya, Mama...

"Siapa lagi yang boleh faham kakak yang suka pendam dan tak bercakap ni selain Mama?” tulisnya.

Elfira dalam masa sama reda dengan ketentuan Allah dan percaya tempoh ibunya menerima rawatan di hospital memberi ruang buat mereka sekeluarga untuk bersedia menghadapi kehilangan tersebut.

"Allah memang sayang Mama. Allah tahu Mama sayang kita orang dan nak kita orang senang, Allah tak tarik nyawa Mama terus.

"Allah kasi kita orang ‘practice’ hari-hari melawat Mama dekat hospital tanpa boleh berborak dengan Mama, hanya berbekalkan bacaan Yasin menjadi perbualan kita.

“And now, is that it, Ma? Is that going to be our conversation forever? Hmm...” luahnya.

Biarpun berat menerima kehilangan tersebut, Elfira percaya ibunya pergi dalam keadaan dikelilingi kasih sayang dan doa daripada insan-insan terdekat.

“Kakak percaya, tiada pengakhiran yang lebih baik daripada ini.

Advertisement

“Mama pergi dengan cinta. Mama pergi dalam doa. Mama pergi setelah ramai datang menziarahi.

“You are loved, Ma. You always have been. You always will be,” tulisnya.

Elfira turut berjanji akan meneruskan kehidupan berbekalkan segala cinta, doa dan pegangan kepada Allah yang ditinggalkan ibunya.

“Kakak akan terus hidup dengan cinta yang Mama ajarkan, dengan doa yang Mama tinggalkan, dan dengan Allah yang Mama cintai sepenuh hati.

“I love you, Ma,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mengundang rasa sebak dalam kalangan rakan selebriti yang turut menitipkan ucapan takziah serta doa buat Elfira dan keluarganya.

Terdahulu, ibu kepada Elfira dan Ezlisa, Filzah Yusoff, dilaporkan meninggal dunia pada awal pagi Ahad selepas berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan susulan prosedur intubasi di hospital. Berita pemergian tersebut dimaklumkan sendiri oleh Elfira menerusi akaun Instagram Story.

Anda mungkin berminat dengan

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

KGT Bamboo Slack P2 Ladies STRAIGHT CUT Baggy Cutting Long Pants 1966 Seluar Panjang Wanita

KGT Bamboo Slack P2 Ladies STRAIGHT CUT Baggy Cutting Long Pants 1966 Seluar Panjang Wanita

NORTH HARBOUR Unisex Men Women Adult The Best Ever Round Neck Plain Cotton T-Shirt Baju Kosong Solid Tee NHR1100 Group C

NORTH HARBOUR Unisex Men Women Adult The Best Ever Round Neck Plain Cotton T-Shirt Baju Kosong Solid Tee NHR1100 Group C

Plus Size 40-100kg Wide leg plaid long pants women casual pants new Korean style Seluar Panjang Perempuan

Plus Size 40-100kg Wide leg plaid long pants women casual pants new Korean style Seluar Panjang Perempuan

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

Must Watch Video

Advertisement