Penyanyi Amira Othman meluahkan rasa syukur dan penuh makna apabila tarikh 14 September menjadi detik istimewa dalam kehidupannya.
Dalam satu hantaran di Instagram, Amira berkongsi bahawa setiap urusan hidup manusia telah ditentukan oleh Allah, termasuk jodoh, ajal dan rezeki.
Advertisement
“Alhamdulillah, 14/9 adalah tarikh yang sangat bermakna buat saya. Telah Allah tulis tentang jodoh, ajal, maut dan semua urusan hidup kita. Pastinya kita semua punya takdir yang berbeza-beza. Ujian dan nikmat juga berbeza-beza. Betapa Allah itu Maha Kaya,” tulisnya.
Menurut Amira, meskipun manusia tidak mengetahui apa yang menanti mereka di hadapan, keyakinan kepada ketentuan Ilahi menjadi pegangan utama dalam hidupnya.
“Tapi apa yang pasti, tidak ada seorang manusia pun yang tahu akan nasib dan takdir kita, tapi kita harus yakin bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Apa sahaja yang Dia tentukan adalah yang terbaik. Dan akan jadi pada waktu yang paling baik,” tambahnya lagi.

Dalam hantaran itu, Amira turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus menitipkan doa untuknya.
“Terima kasih atas doa yang baik-baik untuk kami. Moga Allah kabulkan doa itu buat kalian semua,” tulisnya lagi.