Penyanyi, Zizi Kirana berkongsi detik mencemaskan apabila salah sebuah kapal yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza dilaporkan diserang dron ketika berlayar di perairan Tunisia.
Menerusi perkongsian di TikTok, Zizi memaklumkan kapal dikenali sebagai Family yang membawa beberapa kru penting termasuk mereka yang mengetuai kapal utama Madleen terbakar selepas terkena serangan.
Advertisement
kapal Family. Kapal yang membawa orang-orang penting yang meneraju kapal Madleen ; Greta, Yasemin, Thiago, Shuayb dan lain telah diserang . Doakan kami mampu teruskan misi . mereka tiada hak untuk menyerang misi bantuan kemanusiaan yang membawa bantuan ke G@z@ . dan kita tidak akan berhenti ! ALLAHUAKBAR !
“We have been bombed by a drone in Tunis. Kapal Family, kapal yang membawa orang-orang penting yang meneraju kapal Madleen; Greta, Yasemin, Thiago, Shuayb dan lain telah diserang.
“Doakan kami mampu teruskan misi. Mereka tiada hak untuk menyerang misi bantuan kemanusiaan yang membawa bantuan ke Gaza.
“Dan kita tidak akan berhenti! Allahuakbar!” tulisnya.
Sementara itu, Pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM) Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman turut membuat hantaran di Instagram mengenai kejadian.
"Kapal yang dinaiki Greta, Thiago dan Yasemin dibom oleh dron ketika sedang berlabuh di Tunisia.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Doakan," tulisnya merujuk kepada aktivis Sweden Greta Thunberg, aktivis Brazil Thiago Avila dan aktivis Jerman Yasemin Acar yang juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa pemandu GSF," katanya yang merupakan salah seorang peserta misi.
Sebelum ini, selepas lapan hari berlayar, Zizi bersama kumpulan misi GSF dilaporkan selamat tiba di Tunisia malam Ahad.
Pada 31 Ogos lalu, Zizi menyertai misi bantuan kemanusiaan itu bersama beberapa aktivis dari Malaysia, berlayar melalui Laut Mediterranean bersama puluhan kapal lain yang turut disertai 44 negara.
Terdahulu, Zizi menyatakan kesediaan berdepan sebarang kemungkinan termasuk mengorbankan nyawa sekiranya tidak kembali ke tanah air selepas menyertai misi berkenaan.