Pelawak dan pelakon, Along Cham sah bercerai talak satu dengan isteri, Afreena Suhaimi di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada Selasa.
Keputusan itu dibuat selepas hakim Muhamad Nazri Basrawi mengesahkan telah berlaku lafaz talak dalam perkahwinan pasangan itu pada Jun 2024.
Advertisement
Muhammad Nazri kemudian mengarahkan Afreena menjalani tempoh idah selama tiga kali suci, selain berpesan kepada kedua-dua pihak agar mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.
Semasa prosiding berlangsung Along diwakili peguam syarie Muhammad Akmal Amzan, manakala Afreena diwakili Mohamad Iezwan Ielias.
Terdahulu Along memfailkan permohona lafaz taklik pafa Januari lalu selepas mendakwa isterinya melanggar tiga perkara termasuk tidak patuh arahan dan membelakangkan suami.
Along yang mendirikan rumah tangga dengan Afreena pada 4 April tahun lalu didakwa melafazkan cerai di rumahnya di Cyberjaya pada Julai 2024.
Sebelum itu, Along pernah berkahwin dengan penyanyi Zila Saeron pada September 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak lelaki, Ahmad Daniel, 14 yang kini di bawah jagaan Along.
Sumber: Oh Bulan!