Skip to main content

Hiburan

Alpha Dreams Unlock: Ray-D Kongsi Realiti Sebenar Latihan Tarian Bersama Jurulatih Korea

Alpha

Penyanyi, Ray-D akui latihan mereka di Korea sepanjang menjalani latihan intensif bersama jurulatih tarian di sana agak mencabar.

Jelas Ray-D, di Korea mereka sangat menitikberatkan aspek perincian berbeza dengan kebiasaan latihan yang pernah mereka lalui sebelum ini.

“Memang banyak beza kalau nak dibandingkan cara orang kita dengan cara jurulatih Korea mengajar. Mereka sangat detail. Ini first time kami training dengan coach Korea, jadi bila kena ‘push’ macam tu, awal-awal memang kami agak perlahan.

"“Kalau gerak kaki nampak pelik sikit pun mereka akan tegur, terlebih gerak tangan sikit pun tak boleh. Semua kena betul-betul clean,”katanya.

Dalam masa sama, sebagai salah seorang ahli kumpulan Alpha, Ray-D turut membantu rakan-rakan sepasukan untuk memahami dan menghafal rentak tarian mereka sepanjang di sana.

“Saya memang kena bantu mereka sebab kami satu kumpulan. Kalau ada benda yang mereka tak tahu dan saya boleh tolong, memang saya akan tolong. Itu memang peranan saya dalam kumpulan ni.

“Alhamdulillah, dalam beberapa hari praktis tu, kami berjaya juga. Walaupun susah, memang ada ups and downs," tambahnya.

Perjalanan latihan penuh emosi, disiplin dan pengorbanan kumpulan Alpha di Korea Selatan ini boleh disaksikan menerusi program Alpha Dreams Unlock: Seoul Chapter. 

Must-Watch Video

Advertisement