Skip to main content

Hiburan

Alpha Dreams Unlock: Saling Bertukar Inspirasi, Rescene Puji Kemerduaan 'Harmoni' Alpha - "Macam Mana Mereka Boleh..."

Alpha
Advertisement

Selepas berpeluang beramah mesra bersama kumpulan K-Pop DKZ di Seoul, kumpulan Mpop, Alpha sekali lagi mencipta pengalaman berharga apabila diberi kesempatan untuk meluangkan masa bersama sebuah lagi kumpulan Korea Selatan, Rescene, sewaktu menjalani latihan intensif mereka di sana.

Pertemuan tersebut bukan sekadar sesi suai kenal, malah membuka ruang kepada Alpha untuk mendalami tip dan pandangan daripada Rescene dalam membentuk sebuah kumpulan yang berjaya dalam industri muzik yang kompetitif. 

Advertisement

Dalam sesi tersebut, ALPHA turut mempersembahkan lagu hit mereka ‘P. Ramlee Saloma’ khas buat Rescene. Persembahan itu nyata mencuri perhatian apabila menerima pujian daripada ahli kumpulan Rescene, khususnya dari segi keharmonian vokal.

“Macam mana mereka boleh keluarkan bunyi macam itu ya, bagus sekali.

“Saya sangat suka harmoni mereka. Harmoni mereka paling mengagumkan ketika mereka menyanyikan lagu,” ujar Minami, salah seorang ahli Rescene.

Sementara itu, Rescene turut meluahkan rasa kagum terhadap tenaga dan semangat yang ditunjukkan oleh Alpha sepanjang pertemuan tersebut.

“Saya rasa kami pula yang perlu belajar tentang tenaga dan semangat daripada Alpha. Mereka menunjukkan perasaan gembira bersama kami dan kami juga gembira serta seronok bersama mereka,” kata wakil Rescene.

Mereka turut menyatakan penghargaan atas masa yang diluangkan serta menyampaikan kata-kata sokongan buat Alpha.

“Kami berterima kasih kerana meluangkan masa bersama kami. Mari kita berusaha untuk masing-masing lebih berjaya di Malaysia dan di Korea. Kami akan sentiasa menyokong Alpha,” tambah mereka lagi.

Lebih mencuri perhatian, Rescene turut mencuba menari salah satu langkah tarian Alpha menerusi lagu ‘Mona Lisa’ dan berjaya mempelajarinya dengan pantas.

“Rescene buat step Mona Lisa lebih sharp daripada kita orang yang belajar lagu Heart Drop ni. Bila tengok tu, kita orang memang impressed. Macam cepat betul mereka tangkap,” kata Rizal mewakili Alpha.

Saksikan perjalanan latihan intensif kumpulan Alpha di Korea menerusi Alpha Dreams Unlock: Seoul Chapter.

Alpha Dreams Unlock: Seoul Chapter bersiaran setiap Selasa jam 11 malam di saluran Astro Ria.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Must Watch Video

Advertisement