Skip to main content

Hiburan

ALPHA Raikan Pencapaian Baharu, The First Wave Raih Lebih 1 Juta Strim

Astrogempak ALPHA

Sekilas

  • Kumpulan M-pop ALPHA berjaya mencatat lebih satu juta penstriman untuk album sulung mereka, The First Wave.
  • Ariel Fesol mewakili ALPHA mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan berterusan mereka.
  • Kejayaan ini memberi semangat kepada ALPHA untuk terus berkarya dan membuat persiapan konsert akan datang.
Advertisement

Kumpulan M-pop, ALPHA, meluahkan rasa syukur apabila album sulung mereka berjudul The First Wave berjaya mencatatkan lebih satu juta penstriman di platform digital.

Ariel Fesol yang mewakili ALPHA memberi penghargaan kepada para peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada perjalanan karier mereka. 

"Kami dengar album kami dah capai lebih satu juta strim. Terima kasih banyak kepada korang yang dah stream dan membuatkan kami lebih bersemangat," kata Ariel. 

Advertisement

Menurut ALPHA, kejayaan tersebut menjadi pembakar semangat buat mereka untuk terus memberikan yang terbaik, termasuk melakukan persiapan rapi menjelang konsert yang bakal diadakan.

"Kami dah tak sabar untuk buat persiapan konsert. Terima kasih, teruskan stream, bagi lagi ramai orang dengar The First Wave dan nanti kita sama-sama menyanyi di konsert ALPHA.

"Jumpa di sana nanti. Terima kasih banyak. Love you guys!" ujar mereka.

Pencapaian itu sekali gus membuktikan sambutan memberangsangkan terhadap album The First Wave yang menampilkan pelbagai karya termasuk Dia, Mahkota Cinta, Haru Biru, Gelato dan Burn It Down.

Kejayaan melepasi angka sejuta penstriman turut menjadi satu lagi pencapaian penting buat ALPHA dalam mengukuhkan nama mereka dalam industri muzik tempatan.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement