Skip to main content

Hiburan

Alpha Terbuka Nyanyi Lagu ‘P. Ramlee Saloma’ Versi Korea - “InsyaAllah Akan Ada…”

Alpha
Advertisement

Kumpulan Alpha, tidak menolak untuk menyanyikan lagu hit mereka iaitu P. Ramlee Saloma dalam versi bahasa Korea. 

Mewakili Alpha, Izzat Ibrahim menyatakan perbincangan mengenai idea tersebut pernah diadakan bersama pihak pengurusan mereka, Rocketfuel Entertainment (RFE).


“Saya pernah ada berbual perkara ini dengan pihak pengurusan (RFE) mengenai perkara ini. Ia sangat bagus untuk ada versi Korea (P.Ramlee Saloma). 

“Tapi keputusan berbalik kepada mereka jika mereka rasa ia bagus untuk kami, InsyaAllah akan ada,” katanya. 

Bagaimanapun, Izzat menjelaskan keputusan muktamad bergantung sepenuhnya kepada pihak pengurusan sekiranya mereka melihat ia sebagai langkah yang sesuai untuk perkembangan kerjaya Alpha.

“Namun jika tiada mungkin kita akan explore lagu-lagu baharu untuk peminat-peminat kami,” tambah Izzat. 

Kenyataan tersebut turut dipersetujui oleh ahli kumpulan yang lain. 

Untuk info, Alpha yang dianggotai Araff Mohamed, Afiq Sky, Daniel Sher, Ray-D, Ariel Fesol, Rizal Rasid dan Izat sering mencuri perhatian dengan gaya persembahan yang segar serta bertenaga. 

Advertisement

Lagu P. Ramlee Saloma hasil ciptaan Mohsein Kush serta Justin Seow telah mencapai 11 juta pendengar di platform penstriman Spotify. 

Manakala untuk muzik video mereka berjaya meraih sebanyak 3.1 juta tontonan di Youtube. 

 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement