Sekilas
- Amad Dayyan melancarkan single pertama berjudul Mendewasa yang mengisahkan perjalanan emosi dan realiti perubahan hidup menuju kedewasaan.
- Lagu ini diterbitkan oleh World Peace Music Sdn. Bhd dan menampilkan lirik puitis serta melodi pop balada yang menyentuh jiwa.
- Amad, anak saudara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan pemenang tempat keenam program Talk To My Manager, menyifatkan lagu ini sebagai refleksi fasa kehidupan sebenar yang dialaminya.
Penyanyi, Amad Dayyan kini memperkenalkan single pertamanya berjudul Mendewasa.
Mendewasa adalah sebuah karya yang membawa pendengar menyelami realiti perubahan hidup dan perjalanan emosi menuju kedewasaan.
Diterbitkan oleh World Peace Music Sdn. Bhd, Mendewasa menggambarkan dilema antara keinginan untuk kekal di zon selesa masa muda dan keperluan menerima hakikat bahawa perubahan adalah sebahagian daripada kehidupan.
Menurut Amad, karya ini bukan sekadar lagu, tetapi sebuah refleksi perasaan seorang anak muda dalam perjalanan hidupnya.
"Sebagai single pertama saya, Mendewasa amat bermakna kerana ia menggambarkan fasa kehidupan sebenar yang saya alami.
“Tentang ketakutan, kehllangan, dan akhirnya keberanian untuk menerima bahawa membesar itu bukan sesuatu yang mudah, tetapi perlu," ujarnya.
Dengan sentuhan lirik puitis hasil nukilan Shazriq Azeman dan Omar K, serta melodi pop balada yang menyentuh jiwa, lagu ini membawa mesej keberanian untuk menghadapi realiti dan erti sebenar membesar.
Untuk info, Amad yang juga anak saudara Datuk Seri Siti Nurhaliza ini merupakan pemenang tempat keenan dan bintang program Talk To My Manager.