Skip to main content

Hiburan

Ambil Kira Keadaan Jerebu, Spideraya Tukar Lokasi Konsert - “Kami Memahami Pertukaran Venue Pada…”

Spideraya

Sekilas

  • Konsert Spideraya yang asalnya dijadualkan di Stadium Hoki Bukit Jalil kini dipindahkan ke IDEALIVE Arena disebabkan keadaan jerebu dan cuaca tidak menentu.
  • Tarikh, masa, dan tiket konsert kekal sama, dan semua kategori tiket yang dibeli masih sah digunakan di lokasi baru.
  • Penganjur memohon maaf atas kesulitan dan menasihatkan pemegang tiket untuk mengikuti saluran rasmi bagi maklumat lanjut mengenai akses ke IDEALIVE Arena.
Advertisement

Pihak penganjur Konsert Spideraya, B7 Resources Sdn Bhd mengumumkan pertukaran lokasi penganjuran konsert dari Stadium Hoki Bukit Jalil ke IDEALIVE Arena.

 

Advertisement

Ia berikutan mengambil kira keadaan pencemaran udara, ketidakstabilan cuaca serta situasi jerebu semasa.

 

Keputusan ini juga dibuat untuk keselesaan para penonton, artis, kru produksi serta semua pihak yang terlibat, khususnya memandangkan Stadium Hoki Bukit Jalil merupakan lokasi yang melibatkan aktiviti di kawasan terbuka.

Advertisement

 

Tarikh dan waktu konsert kekal seperti yang telah diumumkan dan tidak mengalami sebarang perubahan. Semua kategori tiket yang telah dibeli juga masih sah dan dikekalkan.

 

Pihak penganjur memaklumkan bahawa keputusan menukar venue pada saat akhir bukanlah sesuatu yang dibuat dengan mudah. 

 

Namun, setelah menilai keadaan semasa, langkah tersebut dilihat sebagai pilihan yang lebih wajar bagi memastikan pengalaman konsert dapat diteruskan dalam persekitaran yang lebih selesa untuk semua.

 

“Kami memahami bahawa pertukaran venue pada saat akhir mungkin menimbulkan sedikit kesulitan kepada para peminat yang telah membuat perancangan lebih awal. Kami amat kesal atas perkara tersebut dan memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

 

“Bagaimanapun, keadaan semasa memerlukan kami mengambil langkah yang sewajarnya. Keutamaan kami adalah memastikan para peminat dapat terus menikmati Konsert Spideraya dalam keadaan yang lebih selesa, di samping mengurangkan aktiviti di kawasan terbuka sepanjang keadaan jerebu ini,” kata pihak Khairul Afizi (Khai) wakil  B7 Resources Sdh Bhd.

 

Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada semua peminat Spideraya atas kesabaran, pemahaman dan sokongan yang diberikan berhubung perubahan ini.

 

Para pemegang tiket dinasihatkan untuk mengambil maklum mengenai lokasi baharu dan mengikuti saluran rasmi penganjur bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan akses ke IDEALIVE Arena, pintu masuk, waktu pendaftaran, tempat letak kenderaan serta maklumat lain berkaitan konsert.

 

MAKLUMAT PENTING

 

Venue asal: Stadium Hoki Bukit Jalil

Venue baharu: IDEALIVE Arena

Tarikh: Kekal / Tiada perubahan

Masa: Kekal / Tiada perubahan

Tiket: Semua kategori tiket sedia ada masih dikekalkan

 

Pihak penganjur sekali lagi memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan mengucapkan terima kasih kepada seluruh peminat atas kerjasama serta pengertian yang diberikan.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Must Watch Video

Advertisement