Skip to main content

Hiburan

"Ambil Mesejnya, Bukan Mencari Salahnya..." - Rita Rudaini

Astrogempak RITA

Sekilas

  • Rita Rudaini menegaskan watak Suri dalam drama yang dilakonkannya hanyalah lakonan semata-mata untuk menyampaikan mesej dan pengajaran.
  • Rita berharap penonton tidak melihat watak atau jalan cerita dari sudut negatif kerana drama bertujuan memberi kesedaran melalui penceritaan yang dekat dengan realiti.
  • Pelakon itu juga menyatakan masih banyak kejadian membimbangkan dalam masyarakat yang tidak diketahui umum atau kurang mendapat perhatian.
Advertisement

Pelakon Rita Rudaini menegaskan watak Suri yang dilakonkannya dalam sebuah drama yang sedang ditayangkan hanyalah sekadar lakonan semata-mata.

 

Advertisement

Menurut Rita, sesebuah drama diwujudkan bukan sekadar untuk hiburan, malah turut berfungsi sebagai medium penyampaian mesej dan pengajaran kepada masyarakat.

 

“Nama pun drama. Apa yang dipaparkan adalah lakonan. Sekadar lakonan semula untuk tujuan pengajaran.

 

“Ambil mesejnya, bukan mencari salahnya,” tulis Rita.

 

Dalam pada itu, pelakon berusia 50 tahun itu berkata, ada kalanya sesuatu mesej lebih mudah disampaikan dan difahami melalui visual serta penceritaan yang dekat dengan realiti kehidupan.

 

Justeru, Rita berharap penonton tidak melihat jalan cerita atau watak yang dipaparkan hanya dari sudut negatif semata-mata.

 

“Kadang-kadang sesuatu mesej lebih mudah difahami melalui visual dan penceritaan.

 

“Tak semua perkara perlu dilihat dari sudut negatif kerana matlamat utamanya adalah untuk memberi kesedaran dan pengajaran kepada penonton,” katanya lagi.

 

Pada masa sama, Rita turut berpendapat bahawa masih banyak kejadian yang lebih membimbangkan berlaku dalam masyarakat, namun tidak diketahui umum atau tidak mendapat perhatian ramai.

 

“Di luar sana, lebih banyak kejadian jijik yang kita tak tahu dan tak nampak,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement